Skip to main content

Posts

8 Punca Asam lambung yang Kita Tak Ketahui!

Pernah dengar asam lambung? Sebenarnya Ms J pun pertama kali dengar mengenai perkataan asam lambung ini. Ini pun tahu bila ada pelanggan yang bertanyakan vitamin untuk masalah asam lambung yang dihadapi. Okla sebenarnya asam lambung ini memang sering kita dengar. Dalam bahasa mediknya dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD). Oo, Ms J pun baru tahu asam lambung dan GERD ini adalah masalah yang sama, cumanya nama yang berbeza. Penyakit asam lambung ini boleh dikatakan sangat familiar diantara kita. Malah ianya sering berlaku pada setiap peringkat umur, tak kira tua atau muda. Asam lambung atau GERD ini adalah sejenis keadaan di mana nyeri pada ulu hati atau rasa sensasi terbakar di dada kesan daripada naiknya asam lambung ke esophagus. Secara normal, sistem pencernaan badan kita bermula daripada esophagus ke perut. Esophagus ini adalah sejenis kerongkong yang menghubungkan mulut ke lambung. Manakala asam lambung pula adalah sejenis asam hidroklori...

Testimoni Buang Angin Shaklee

Ramai rupanya yang mempunyai masalah angin dalam badan. Malah, semalam adalagi pelanggan yang watsap Ms J bertanyakan set shaklee untuk masalah angin dalam badan ini. Angin dalam badan boleh menyebabkan badan kita tak selesa. Bukan itu sahaja, malah ianya seringkali dikaitkan dengan gastrik. Buat mereka yang mengalami masalah angin dalam badan ini, mesti dah rasa pedih dan peritnya masalah angin angin dalam badan ini. Padahal, masalah angin dalam badan ni jika dilihat ianya suatu masalah yang ringan sahaja kan. Haa, jangan dipandang ringan kerana ianya boleh meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka ini. Dan kalau nak tahu, pengambilan supplement seperti set buang angin shaklee yang terdiri daripada pepperminth ginger plus dan garlic shaklee boleh membantu dalam masalah angin dalam badan ini. Testimoni Buang Angin Dalam Badan Mari kita lihat apa kata pengguna set shaklee untuk masalah angin dalam badan ini: Testimoni Angin Dalam Badan 1 : Selepas...

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

Semalam tempat kerja telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk salah seorang rakan sejawatan Ms J di tempat kerja. Namanya Lim Chu Keng, yang mana telah berkhidmat di sana selama 6 tahun ++. Lama tu 6 tahun. Tetiba beliau mendapat tawaran yang lebih baik, dengan sebab itulah beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja di sini. Pada mulanya rasa sedih juga. Sebab sudah tentu rasa kehilangan seorang rakan sejawatan. Walaupun beliau berlainan agama dan bangsa, tapi kami boleh bekerja dengan baik, tanpa mengira semua tu. Memang Ms J akui, beliau banyak membantu dalam segala hal di tempat kerja. Jika komputer rosak atau ada masalah mesti cari beliau lah. Memang takde muka lain yang Ms J cari kalau bukan beliau. Tambah pula beliau seorang saja staff lelaki di tempat kerja Ms J. Lagi senang jika perlu melakukan kerja berat seperti mengangkat barang, selalu beliau lah yang kami panggil untuk membantu kami yang perempuan ini. Namun, lepas ini semua tu kena buat sendir...

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan

Semalam ada kelas bersama mentor, tajuknya amat menarik iaitu mengenai tips urus kewangan bersama pasangan.Rasanya semua orang mempunyai masalah kewangan ini, memandangkan semua harga barang naik. Namun, dengan pengurusan kewangan yang betul boleh membantu kita sekeluarga untuk merancang kewangan dengan baik. Bila bercerita mengenai pengurusan kewangan ini, Ms J sendiri masih belum pernah menghadiri kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Bila ada mentor yang sudi berkongsi mengenai tips urus kewangan bersama pasangan ini, Ms J rasa teruja sangat sebab sedikit sebanyak ianya boleh membantu dalam masalah kewangan yang dialami oleh Ms J sendiri. Sebelum Ms J berikan tips mengurus kewangan bersama pasangan, Ms J ingin berkongsi bahawasanya Ms J dan suami adalah bekerja. Malah, sama juga dengan mentor Ms J yang berikan tips ini, kedua duanya adalah bekerjaya. Namun, kami masih mempunyai masalah yang sama, iaitu masalah kewangan. Bukan itu sahaja...

Set Buang Angin Dalam Badan Shaklee

Masalah angin dalam badan? Ya, ramai diantara kita mengalami masalah angin dalam badan. Bukan kata orang tua je, malah kita yang muda pun ada masalah angin dalam badan ini. Salah makan sikit dah kena angin dalam badan. Malah, ada yang menderita masalah angin dalam badan ini sampaikan muntah-muntah, pening kepala dan sebagainya. Ishh, teruk juga kalau lihat kesan angin dalam badan ini. Dan dengan sebab itulah kita digalakkan untuk mencari rawatan alternatif untuk mengusir angin dalam badan. Salah satu cara yang kita boleh ambil untuk mengurangkan angin dalam badan adalah dengan mengambil supplement seperti set angin dalam badan shaklee. Set Buang Angin Dalam Badan Shaklee  Set buang angin dalam badan shaklee ini terdiri daripada : Pepperminth Ginger Plus Pepperminth ginger plus daripada shaklee ini terdiri daripada halia, pudina, jintan manis, dan annise Ianya sangat bagus dalam masalah membuang angin dalam badan, malah banyak lagi fungsi...

Syukuri Dengan Nikmat Yang Ada!

Rasa sedih, sebak dan macam macam lagi bila teringat kisah semalam. Iya, tak semua orang bernasib baik. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berada, dan ada juga yang di lahirkan dalam keluarga sederhana. Kisah semalam di kedai makan, kami sekeluarga makan nasi goreng pattaya dan nasi goreng USA. Tapi bila melihat pak cik di meja makan sebelah hanya makan nasi putih + telur dadar + sup kosong, terus rasa sebak. Mungkin di tengah-tengah bulan gaji pun dah semput , fikir Ms J. Tapi rasa sedih sebab di pertengahan usia pak cik tersebut masih lagi bekerja.Ini kerana Ms J lihat beliau memakai t-shirt shell yang bewarna oren. Mungkin juga pak cik ini perlu menyara anak-anak nya, dan mungkin juga gaji pak cik ini tak seberapa untuk menikmati sepinggan nasi goreng. Ya Allah, rasa nak menitis air mata ini mengenangkan nasib orang lain. Sungguh bertuah Ms J mempunyai pekerjaan, suami yang boleh menyara kami anak beranak secukupnya. Bila melihat orang yang lebih susah ...

Rahsia Allah Tiada Siapa yang Tahu

Terkesan sangat tadi bila baca statusdi fb  Fatimah Syarha mengenai kehidupan kita sekarang. Memang betul ,kita sering mengharapkan manusia tanpa sedar bahawa Allah itu yang pasti ada. Subhanallah. Sungguh rasa hina diri ini. Ini Ms J tuliskan kembali apa yang ditulis oleh Fatimah Syarha: Dalam dunia ini semua benda bergerak dalam zon masing masing. Ada yang masih single Ada yang kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah Ada yang kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak Ada yang beru berkahwin bulan lepas, hari ini dah mengandung Ada yang grad umur 23 tap iterpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai 90 tahun Zon masa kita semua tak sama jadi tak perlu merasakita tertinggal hanya kerana nampak orang lain lebih berjaya Masa kita belum sampa...