Skip to main content

Posts

Showing posts from November 16, 2016

Tips Mudah Hilangkan Pedih Ulu Hati Ketika Hamil

Assalamualaikum semua. Hari ini Ms J berkesempatan membaca mengenai pedih ulu hati di kalangan ibu mengandung. Jadi Ms J nak berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai tips mengurangkan pedih ulu hati ini dikalangan ibu hamil. Pernah kah bakal-bakal ibu di luar sana mengalami masalah pedih ulu hati ni?Kebanyakkan ibu mengandung mesti mengalami masalah ini kan? "Semasa mengandung seorang wanita mudah mengalami gastritis dan reflux esophagithis kerana kandungan yang semakin membesar akan menekan pada perut dan menyebabkan ruang perut menjadi kecil. Makan sikit dah kenyang. "  Dr Muhammhad Akbar Abdullah Alhamdulillah setakat ini Ms J belum pernah mengalami pedih ulu hati ketika mengandung. Buat ibu ibu di luar sana yang sudah mencuba pelbagai jenis ubat, tapi masih lagi tidak berkesan, apakata cuba tips di bawah ini pula: Bagaimana nak atasi pedih ulu hati semasa mengandung? elakkan makanan pedas, berempah. Yang berlemak juga kalau boleh elakkan jug...

Bentan Tiada Lagi Sejak Amalkan Vivix

Pernah dengar bentan?Ms J pun pertama kali dengar.Kalau bukan kerana pernah mengandung dan bersalin rasanya info pasal bentan ni sampai sekarang pun Ms J tak tahu. Ok la..kalau nak tahu kenapa masa bersalin pun nak kena jaga? Nak kena jaga pemakanan, tingkahlaku dan sebagainya. Kenapa ek? Haa kalau nak tahu sebab kita taknak kena bentan nanti. Apa tu bentan? Bentan ni sebenarnya sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan setelah bersalin. Maksudnya jika ini tidak menjaga diriketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk megalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas melalui pantang. Jadi ibu-ibu berhati-hati ye. Tanda dan Sebab Bentan Banyak faktor yang boleh menyebabkan bentan ni terjadi.Tapi antara kebiasaannya adalah disebabkan oleh mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras. Akibatnya badan terasa sejuk dan rasa seperti hendak pitam.Ia berlaku kerana da...

Tanda Kanser Darah Yang Perlu Anda Ketahui

Pernah dengar leukemia? Ianya adalah sejenis kanser darah yang berasal dari sum sum tulang.Sum sum tulang adalah tempat penghasilan darah yang terdapat di dalam kesemua tulang dalam tubuh badan manusia. Sel sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa dan berupaya membiak dengan cepat serta hidup lebih lama berbanding sel sel darah yang normal. Oleh itu sel sel leukemia ini mampu menghapuskan fungsi sum sum tulang dan menghalang penghasilan sel darah yang normal. Terdapat pelbagai jenis leukemia dan adalah penting untuk mengenalpasti jenis leukemia yang dihadapi.Ini adalah disebabkan rawatan dan peluang sembuh untuk leukemia yang berlainan adalah berbeza. Tahukah anda leukemia ini mempuanyai 2 jenis iaitu 'acute leukaemia' atau ' chronic leukaemia'. Perbezaan utama di antara kedua-dua jenis leukemia ini adalah kematangan dan kepantasan sel sel kanser itu membiak. Acute leukaemia; adalah sel kanser yang kurang matang dan membiak dengan pan...