Skip to main content

Posts

Showing posts from December 20, 2017

Merawat Kolesterol Tinggi Sebelum Terlambat

Rasanya semua orang dah tahu pasal kolesterol tinggi ini. Semua orang mempunyai tahap kolesterol yang berbeza-beza. Namun, tak semestinya juga orang yang kurus tidak mempunyai kolesterol tinggi.
Kolesterol tinggi ini bermaksud paras kolesterol yang terdapat di dalam darah melebihi paras normal. Paras kolesterol yang normal adalah dalam lingkungan 160 mg -200 mg.Jika anda mempunyai kolestrol melebihi daripada paras ini, inilah yang dikatakan sebagai kolesterol tinggi.



Kolesterol tinggi ini juga di dipanggil sebagai hiperkolesterolemia. Kolesterol ini adalah sejenis senyawa lemak berlilin yang sebahagian besarnya dihasilkan di hati dan sebahagian yang lain di dapati daripada sumber makanan.
Bila sebut mengenai kolesterol ini, ramai menganggap ianya sebagai punca segala penyakit, seperti penyakit jantung, stroke, darah tinggi dan sebagainya.
Sebenarnya kolesterol ini mempunyai fungsi yang tertentu di dalam badan kita. Contohnya kolesterol ini membantu membangunkan sel sel baru gar tubuh…