Skip to main content

Posts

Showing posts from June 14, 2016

Ingatkan sakit belakang biasa sahaja, rupa-rupanya kesan daripada kayap

Hari ini berpeluang membuat research mengenai penyakit kayap.Kalau masa kecik-kecik dulu ingatkan kayap ni biasa-biasa saja tapi hari ini baru tahu info pasal kayap ini. Kayap ini adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan virus varicella zoster (vvz). Nama virus yang begitu asing bagi Jam sebab sebelum ni memang tak penah dengar pun. Haa rupa kayap macam gambar kat atas tu. Kelihatan cacar air mengikuti urat saraf belakang. Itulah yang membezakan kayap dengan penyakit kulit yang lain. Antara tanda-tanda kayap adalah : Sakit, kebas dan panas pada urat saraf yang terlibat Demam Keletihan Sakit kepala Bagaimana ia boleh berlaku? Contoh yang senang Jam ambil adalah chicken pox. Jika seseorang mendapat chicken pox, VVZ tadi akan aktif dalam badan kita. Apabila cacar air sembuh virus ini akan bermaharajalela di pusat saraf atau ganglion.Maka, apabila sistem imum dalam badan kita mula lemah virus ini mula menyerang urat saraf. Maka deng