Skip to main content

Posts

Showing posts from September 8, 2018

Promosi Sandal Lelaki Di Alor Setar Mall

Semalam selipar encik suami terputus, maka nak tak nak terpaksalah cari selipar baru. Ingatkan dia nak ikut sekali, rupanya dia banyak lagi kerja kat pejabat dan nampaknya terpaksalah Ms J cari selipar untuknya sorang sorang. Memandangkan kalut nanti tak sempat nak ambil anak kat nursery lagi, maka dengan rela hati pergilah sorang sorang kat Alor Setar mall kat Tandop tu. Dalam hati berdoa mintalah ada promosi, sebab gaji lambat lagi ini.huhu Alhamdulillah, memang ada banyak pilihan kat sini. Pelbagai jenis sandal lelaki ada. Rambang mata pula tengok. Kedai kat luar pacific pun ada. Mula tu pergi kat  kedai kat luar Pasific, seperti Xes dan DrCardin. Banyak juga sandal lelaki dan harganya pun dalam lingkungan bajet Ms J. Berkenan juga dengan sandal DrCardin ini. Ringan dan lembut. Bila bagitahu kat encik suami katanya tak berkenan pula. Katanya kakinya jenis gemuk, maka kena cari cari sandal yang bulat, bukannya sandal yang berbentuk tirus di hadapan. ...