Skip to main content

Posts

Showing posts from June 2, 2016

Sedapnya yong tau fu, tapi HARAM?

Assalamulaikum semua. Entry hari ini Jam nak bercerita berkaitan dengan status pemakanan halal atau haram. Tadi semasa memandu datang kerje sempat mendengar ceramah daripada ustaz di Kedah fm, ' apa yang kita makan  akan menjadi darah daging kita, so pilihlah makanan yang halal dan bersih di sisi Islam'. Adakah anda penggemar sushi, yong tau fu dan sebagainya? Jam pun suka juga, suami dan anak-anak pun suka, tapi tahukah kita kandungan bahan tersebut? Jom baca ni yang mana Jam ringkaskan daripada portal myhealth. Bebola ikan, bebola daging, bebola sotong, jejari ketam, nuget ikan, kek ikan dan sebagainya dipanggil sebagai surimi. Surimi ialah bahan asas atau dalam bahasa Jepun digelar daging kisar yang telah melalui pemprosesan.  Makanan sebegini menjadi kegilaan anak-anak kita pada masa kini. Senang dimasak dan rasanya yang lazat. Tetapi tahukah kita disebalik itu surimi mengandungi bahan-bahan yang boleh meragukan? Antara ramuan surimi adalah :...