Skip to main content

Posts

Showing posts from January 5, 2018

Salur Darah Jantung Tersumbat Boleh Membawa Maut Jika Tidak DiCegah

Salur darah jantung tersumbat? Bunyi pun dah seriau, apatah lagi buat pesakit yang mengalami penyakit salur darah jantung tersumbat ini. Iya lah bila sebut pasal salur darah jantung tersumbat sudah pasti kematian yang bermain di fikiran. Sebenarnya Ms J ada kisah yang ingin di kongsi mengenai salur darah jantung tersumbat ini. Ada seorang kawan di tempat kerja yang berusia dalam 40 an, yang merupakan salah seorang pesakit yang mengalami salur darah tersumbat. Kalau di lihat pada badan beliau, tidaklah gemuk atau mengalami obesiti. Dan lagi terkejut serangan jantung yang di alami oleh beliau adalah secara tiba tiba.Dan dari situlah baru beliau tahu bahawa beliau mengalami masalah salur darah jantung tersumbat. Tiba tiba sesak nafas dan rasa ingin pengsan, kata beliau suatu petang. Bila melihat keadaan beliau yang sudah pucat, kami cepat cepat bawa ke hospital. Hasil ECG yang dilakukan, doktor mengesahkan jantung beliau tak berapa ok dan perlu meneruskan beberapa