Skip to main content

Posts

Showing posts from November 14, 2017

Cara Sembuhkan Penyakit Gout

Pernah dengar penyakit gout? Penyakit gout ini sering kita lihat berlaku di kalangan orang tua, termasuk lah seorang ayah kepada kawan Ms J.Kata beliau ayahnya sudah lama mengidap penyakit gout ini, dan tanda pertama yang beliau perasaan adalah bengkak di sekitar sendi-sendi.
Bila berjumpa doktor dan melakukan ujian darah, memang sah ayah beliau mempunyai penyakit gout.


Penyakit gout ini adalah sejenis penyakit yang mana asid urik berlebihan di dalam tubuh. Asid urik ini adalah sejenis bahan kumuh yang berasal daripada protein yang dikenali sebagai purin.
Pada mereka yang normal, bahan kumuh ini akan dikeluarkan oleh badan melalui air kencing, namun bagi pesakit gout,asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang dan ianya terkumpul di dalam sendi sendi.
Dan dengan asbab itulah penyakit gout ini boleh berlaku.
Tanda-tanda Penyakit Gout
Kenali tanda anda penyakit gout ini.
➢Penyakit gout ini sering berlaku di ibu jari kaki
➢Ibu jari menjadi kemerahan, panas, nbengkan dan tersangat sakit