Skip to main content

Posts

Showing posts from March 31, 2017

Dengan mengingati Dia hati ini lebih tenang

Di atas tikar sejadah tadi air mata ini tidak putus putus menitis. Tak dapat nak di kawal dengan lajunya ia mengalir.Dari takbiratul ihram sehingga ke salam terakhir. Ya allah , terima kasih ya allah.kerana masalah ini Engkau panggilku untuk bersama Engkau. Sungguh aku tak mampu.Ingatkan nak buat biasa je, tapi hati ini rapuh jua bila berada bersama Engkau ya allah. Setiap kali solat, pasti ku akan berdoa.moga di beri petunjuk dan hidayah buat nya. Kekadang dengan masalah yang datang ini adalah salah satu cara Allah panggil kita Bukan saja saja beri kita semua masalah ini, tapi ingatlah pasti ada hikmahnya. Kita sebagai hamba Nya jangan berputus asa.Masih ku ingat lagi pesan seorang teman semakin kita rasa gusar, gundah gulana maka berdoalah, mengajilah, berzikirlah. Dengan itu hati kita lebih tenang! Dan hari ini ku amat akui.setelah melakukan semua itu, hati ini lebih tenang.Hati ini lebih bersedia untuk menghadapi kehidupan ini. Maka buat kengkawan yang mengalami

Sabar, Pasti Ada Hikmah Di Sebalik Apa Yang Berlaku

Dalam kepenatan selepas balik kerja, ambil anak di nursery dan balik rumah masak, fuhh rasa nak tercabut tulang belakang ini. Sambil masak sambil layan anak. Kejap 'mama mau itu, mama nak ini ,mama mama mama..."selagi kita tak layan mereka selagi itulah merengek minta perhatian. Nak tak nak memang kena juga layan mereka.Kekadang itu pernah hangit bawang yang di tumis dalam kuali ni. Almaklumlah mama ni pelupa orangnya.. Aish nampak nya nak kena top up kan lagi pengambilan supplement minyak ikan omega, supaya otak ini sentiasa bekerja dan kekal aktif.No more lupa lupa!hehe Selepas setel semua kerja rumah, duduk la baring baring sekejap sambil tengok televisyen.Tetiba bunyi mesej di watsap. Biasanya waktu waktu begitu jarang sangat mama layan sebab penat dah kan, tapi semalam terbuka satu watsap daripada geng housemate semasa menuntut di universiti dahulu. Nama kawan saya itu adalah Zati.Katanya bakal mak mentua beliau meninggal dunia di sebabkan