Skip to main content

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

Semalam tempat kerja telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk salah seorang rakan sejawatan Ms J di tempat kerja. Namanya Lim Chu Keng, yang mana telah berkhidmat di sana selama 6 tahun ++.

Lama tu 6 tahun. Tetiba beliau mendapat tawaran yang lebih baik, dengan sebab itulah beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja di sini.

Pada mulanya rasa sedih juga. Sebab sudah tentu rasa kehilangan seorang rakan sejawatan. Walaupun beliau berlainan agama dan bangsa, tapi kami boleh bekerja dengan baik, tanpa mengira semua tu.

Memang Ms J akui, beliau banyak membantu dalam segala hal di tempat kerja. Jika komputer rosak atau ada masalah mesti cari beliau lah. Memang takde muka lain yang Ms J cari kalau bukan beliau.

Tambah pula beliau seorang saja staff lelaki di tempat kerja Ms J. Lagi senang jika perlu melakukan kerja berat seperti mengangkat barang, selalu beliau lah yang kami panggil untuk membantu kami yang perempuan ini.

Namun, lepas ini semua tu kena buat sendiri dah memandangkan beliau sudah tiada lagi di sini. Tapi bagus juga beliau bertukar kerja. Sekurang-kurangnya dapat menimba pengalaman baru di tempat kerja baru.

Tambah pula dengan gaji yang ditawarkan agak lumayan, maka serba sedikit ianya boleh membantu dalam kewangan beliau.

Dan kalau nak senaraikan, rupanya banyak lagi kelebihan yang beliau peroleh di tempat kerja baru. Maka, tidak sepatutnya kami di sini sedih dengan kehilangan beliau.

Orang kata, doakan kegembiraan kawan. Maka, itu yang lebih baik, bukannya menyekat kegembiraan mereka. Di harap dengan tempat kerja baru, kawan baru beliau boleh bekerja dengan tenang sebagaimana di sini.

Mari kita layan ragam kengkawan Ms J yang hadir untuk majlis perpisahan semalam.























Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...