Terkesan sangat tadi bila baca statusdi fb Fatimah Syarha mengenai kehidupan kita sekarang. Memang betul ,kita sering mengharapkan manusia tanpa sedar bahawa Allah itu yang pasti ada.
Subhanallah. Sungguh rasa hina diri ini.
Ini Ms J tuliskan kembali apa yang ditulis oleh Fatimah Syarha:
Dalam dunia ini semua benda bergerak dalam zon masing masing.
Ada yang masih single
Ada yang kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah
Ada yang kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak
Ada yang beru berkahwin bulan lepas, hari ini dah mengandung
Ada yang grad umur 23 tap iterpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap
Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai 90 tahun
Zon masa kita semua tak sama
jadi tak perlu merasakita tertinggal hanya kerana nampak orang lain lebih berjaya
Masa kita belum sampai
Obama retired at 55, tapi Trump bermula pada umur 70
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza
Tapi sama-sama dapat jadi presiden
Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahundan ada dah yang ada cucu pada umur yang sama
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama
Ada yang depan dari kita
Tapi ada juga yang belakang dari kita
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan
Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita dengan zon masa kita sendiri
You are not late
You are not early
You just on time
Jangan stress
Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya
Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?
Ada orang dia susah hati kerana belum bertemu jodoh
Difikirannya siapalh yang akan jaga aku bila aku tua nanti
Ada orang pula, dah berkahwin tapi belum punya anak pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku tua nanti
Ada orang, ada anak tapi hanya seorang pun terfikir kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti
Ada orang anaknya semua lelaki
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti
Nak ke menantu perempuan aku jaga aku
Ada orang anaknya semua perempuan, sama juga
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing siapa yang nak jaga aku nanti
Apa masalah kita sebenarnya?
Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia
Ditangan anak
Ditangan suami
Walhal yang jaga kita adalah Allah
Berapa ramai orang yang anakmya ramai, cukup nisbah lelaki perempuan, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggal juga seorang diri
Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh namun pada usia 60 70 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru menjejak 50 an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga
Itulah kita kata rezeki
Dan rezeki itu hak Allah
Yakin
Yakin
Yakin
Jangan runsing belum bertemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut hanya ada anak lelaki
jangan cemas jika hanya ada anak perempuan
lebih dari itu jangan takbur sangat kita adajodoh, anak ramai, cukup lelaki perempuan
Jangan pertikaikan eh tua nanti siapa nak jaga kau
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke tua kita?
Masa depan kita sentiasa di tangan Allah
Dan Allah itu adil
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat
Kuatkan pergantungan kepada Allah, itu yang paling penting
pendek kata
ALLAH ADA
jangan takut
Comments
Post a Comment