Skip to main content

Posts

Showing posts from November 7, 2017

Batu Karang: Punca dan Cara Merawat

Ramai yang datang buat pemeriksaan ultrasound buah pinggang untuk mengesan batu karang.Dan biasanya mereka mengadu sakit di bahagian kiri atau kanan dan pemeriksaan air kencing mendapati terdapat batu.
Dengan asbab itu jugalah doktor menyaran mereka untuk melakukan ujian ultrasound untuk mengesan batu karang.



Batu karang ini adalah sejenis kristal yang terbentuk daripada mendapan mineral dan garam asid di dalam buah pinggang.
Batu karang terdiri daripada 4 jenis, bergantung pada campuran yang membentuk batu karang.
Jenis Batu Karang
1. Kalsium
2. Asid Urik
3. Struvite
4. Cystine
Sesetengah orang langsung tidak merasa apa apa tanda mempunyai masalah batu karang.Namun ada yang langsung tidak tahan dengan kesakitan batu karang ini.
Kita akan merasa sakit apabila:
Size batu karang yang terlalu besar yang menyebabkan buah pinggang tersumbat
Batu tersangkut di saluran buah pinggang
Kencing kotor yang bertukar nanah apabila berkumpul dengan lama dalam buah pinggang tersumbat.
Gejala Batu Karang
A…