Skip to main content

Posts

Showing posts from August 3, 2018

Kenali Keputihan dan 4 Punca Terjadinya Keputihan di Kalangan Wanita

Masalah keputihan memang dah sinonim dengan kaum wanita.Tak kisah la wanita yang sudah berkahwin atau yang masih bujang, boleh dikatakan semua mengalami masalah keputihan ini. Masalah keputihan ini bukanlah sejenis penyakit, tapi jika dibiarkan begitu sahaja tanpa diubati atau di ambil langkah pencegahan, ianya boleh membawa kepada masalah lain. Masalah keputihan ini boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu keputihan normal dan keputihan tidak normal. Apa yang dimaksudkan dengan keputihan normal ini adalah keputihan yang berlaku disebabkan oleh perubahan hormon estrogen. Apabila seseorang wanita itu menghampiri waktu period, akan terhasil lah lendir yang lebih pekat dan bewarna putih. Ianya berfungsi untuk memelihara bakteria di dalam vagina dengan mengekalkan ph dan nutrien yang ada. Lagi satu, keputihan normal ini tidak menghasil bau yang tidak menyenangkan.Bukan itu sahaja, malah keputihan normal ini tidak menyebabkan kegatalan atau kemerahan pada vagin...