Skip to main content

Posts

Showing posts from December 18, 2019

Susu badan Makin Banyak, Ini Rahsia Saya!

Kali ini Ms J ingin berkongsi mengenai bab penyusuan. Alhamdulillah ,anak ketiga baru berpeluang untuk memberi susu badan bila dah masuk kerja.
Kalau anak pertama dan kedua sebelum ini, Ms J terus beri susu formula.Tapi anak ketiga ini memang dah nekad, untuk menyusu badan sepenuhnya.
Alhamdulillah, dipermudahkan urusan Ms J. lagi gembira bila hari hari pam dapat hasil yang memberangsangkan.
Kalau nak tahu, masa dalam pantang Ms J hampir putus asa. Sebab rasa susu badan kurang, dan tidak mencukupi untuk baby. Tapi sebab dah nekad nak bagi susu badan, Ms J bagi juga susu badan walaupun baby kerap merengek dan menangis.
Alhamdulillah, makin kerap Ms J bagi susu, Ms J boleh rasakan susu semakin banyak. Kekadang tu sampai basah baju.
Bila dah macam tu, Ms J terus bagi susu badan tanpa henti. Kekadang tu, orang tua dok bising juga, suruh Ms J bagi susu formula sebab baby nampak tak kenyang.
Tapi Ms J ni jenis pekakkan telinga, dan terus bagi susu badan je. Bila dah nak masuk kerja, Ms J m…

Pengalaman Bersalin Secara Induce, Rupanya Indah Khabar Dari Rupa

Alhmdulillah,harini dah genap sebulan baby mama.Haha buat yang masih belum tahu,8/10/19 lepas,Ms J dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.6 kg.Ini adalah anak yang ketiga.Nama diberi Muhammad Yanidz Zafran bin Muhammad Asyraf.


Dan kalau ada yang belum tahu, Ms J ini adalah mom kepada 3 anak lelaki.Woww,rasa tak percaya pun ada ni.Tup tup dah tiga orang anak.
Okla,kali ini Ms J nak berkongsi mengenai kelahiran si comel baby ni.Kali ini Ms J melahirkan beliau secara induce.Atau nak lebih senang secara paksa.
Alkisahnya,kandungan Ms J kali ini dah overdue 5 hari.Dan akhirnya Ms J terpaksa serah diri dan di induce. Sepanjang kehamilan kali ini,memang takde tanda tanda nak bersalin. Kalau anak pertama dulu pecah air ketuban, anak kedua keluar darah.
Redha jela pagi tu pergi serah diri.Bila doktor cek bukaan jalan, baru 1 cm katanya.Terus doktor masukkan ubat dari bawah.Tunggu jela Ms J kat wad sensorang sebab suami keje waktu tu.Dok dalam wad,dok tengok tv sambil dok doa juga moga dipe…