Assalamualaikum semua. Hari ini Ms J nak berkongsi mengenai lip matte daripada Wardah. Sebenarnya ini adalah pertama kali Ms J menggunakan lip matte daripada Wardah ini. Kalau sebelum ini, Ms J menggunakan lipstik biasa biasa sahaja, seperti marykay, maybelline mate. Tapi majoriti rasa tak puas hati sebab ianya tidak tahan lama.Kalau petang tu mesti dah pudar, ataupun dah hilang. Tak tahulah kot Ms J yang tak tahu nak pakai ke macam mana kan. Sebenarnya tak bercadang pun nak beli lipmatte Wardah ni. Alkisahnya semalam keluar dengan kawan kat City Square Sungai Petani. Kawan Ms J ajak singgah watson sekejap. Maka, masuklah kami. Dok tengok dia dok excited.Ms J tanya la kenapa. Rupanya dia excited sebab lipmatte Wardah ini ada promosi katanya. Tengok dia pakai cantik jugak, maka Ms J pun naklah cuba satu. Hasil terpengaruh dengan kawan, maka belilah juga Ms J.haha. Kebetulan, memang ada niat pun untuk beli lipstik baru, cuma tak tahu nak beli yang mana...
Merupakan pengedar shaklee sungai petani, butterworth, kepala batas, tasek gelugor, pulau pinang dan seberang jaya. Saya juga stokis shaklee di sungai petani, alor setar dan butterworth. Menyediakan khidmat cod shaklee di sekitar sungai petani, alor setar, kepala batas, tasek gelugor. Jika anda berada di sekitar sungai petani, alor setar, kepala batas dan tasek gelugor, bolehlah dapatkan produk shaklee daripada saya sebagai agen sah shaklee Kedah dan Pulau Pinang