Skip to main content

Posts

Showing posts from June 15, 2016

Petua Tradiotional Hilangkan Panau

Entry lepas Panau tiada lagi, kulit lebih cantik dengan vivixJam ada bagi info pasal panau kan. So korang boleh baca kat situ pasal panau ni.

Ok sekarang ni Jam nak kongsikan pula cara-cara nak hilangkan panau dengan cara traditional pulak. Kalau dulu abah Jam selalu sapu lengkuas pada tempat kena panau,  habis semerbak satu rumah bau lengkuas tu. Abah cakap tak selesa sikitlah sebab lepas sapu ianya panas.

Petua Hilangkan Panau


Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkepa panau. Ketika mengamalkan ini elakkan memakan sebarang lengkuas.

atau
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas ambil airnya dan sapu pada tompok-tompok panau. Lakukan beberapa kali.Kalau nak nampak kesan dengan cepat, kalau boleh elakkan memakan lengkuas.

Daun belimbing 
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dengan beras hingga lumat. Kemudian tampalkan ramuan tersebut pada kulit berpanau. Lakukan setiap hari sehingga pa…