Skip to main content

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan

Semalam ada kelas bersama mentor, tajuknya amat menarik iaitu mengenai tips urus kewangan bersama pasangan.Rasanya semua orang mempunyai masalah kewangan ini, memandangkan semua harga barang naik.

Namun, dengan pengurusan kewangan yang betul boleh membantu kita sekeluarga untuk merancang kewangan dengan baik. Bila bercerita mengenai pengurusan kewangan ini, Ms J sendiri masih belum pernah menghadiri kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak.


Bila ada mentor yang sudi berkongsi mengenai tips urus kewangan bersama pasangan ini, Ms J rasa teruja sangat sebab sedikit sebanyak ianya boleh membantu dalam masalah kewangan yang dialami oleh Ms J sendiri.

Sebelum Ms J berikan tips mengurus kewangan bersama pasangan, Ms J ingin berkongsi bahawasanya Ms J dan suami adalah bekerja. Malah, sama juga dengan mentor Ms J yang berikan tips ini, kedua duanya adalah bekerjaya.

Namun, kami masih mempunyai masalah yang sama, iaitu masalah kewangan. Bukan itu sahaja malah kami jarang sekali dapat pergi bercuti bersama keluarga dek kerana masalah kewangan yang menghimpit.

Oleh itu, rasanya penting kita semua urus kewangan dengan sebetulnya. Iya semua perkara perlukan duit, maka rancanglah kewangan kita dengan betul agar masalah kewangan tidak menghantui diri kita.

Okla di sini Ms J kongsikan beberapa tips urus kewangan bersama pasangan. Moga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah kewangan seperti Ms J ini.

Pertama sekali dalam urus kewangan perlu tahu berapa gaji bersih isteri dan suami sebulan berapa. Jumlah kan gaji bersih tersebut.

Gaji bersih suami RM 2000
Gaji bersih isteri RM 2000
Jumlah RM 4000

Bila dah jumlahkan semua, maka baru kita senaraikan komitmen suami atau isteri yang perlu diselesaikan pada setiap bulan. Ms J bagi contoh seperti di bawah:

Rumah - RM 600
Kereta - RM 500
Susu anak - RM 100
Pampers adik - RM 100
Belanja Dapur - RM 150
Petrol - RM 300
T and go - RM 100
Ptptn - RM 200
Mak - RM 200
Astro - 100
Babysitter - RM 350
Makan - RM 300

Jumlah - RM 3000

Sebanyak mana perbelanjaan kita pada bulan itu kalau boleh catatkan. Kalau ada yuran aktiviti luar seperti aerobik pun catatkan juga. Baru kita boleh anggarkan berapa duit gaji yang betul betul tinggal selepas ditolak dengan semua komitmen bulanan.

Jumlah Gaji Bersih - Jumlah Komitmen Bulan = Baki Gaji Bulanan

Bila kita urus kewangan sebegini, baru kita boleh kira berapa duit yang masih lagi berbaki untuk bulan tersebut. Malah baki untuk bulan tersebut maka kita boleh agihkan ke dalam tabung perbelanjaan yang lain seperti tabung bercuti, raya dan sebagainya.

Maka, tiada lagi masalah tak cukup duit apabila tiba musim raya.Bukan itu sahaja malah tak perlu lagi untuk kita mengharapkan duit bonus atau angpau raya daripada majikan. Semua boleh disetelkan dengan baik.


Betul tak?hehe. Buat korang yang ada masalah kewangan seperti ini, cuba amalkan tips urus kewangan yang Ms J bagitahu ini. 

Semoga membantu!





Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...