Skip to main content

Posts

Showing posts from July 7, 2017

Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila

Baru baru ini kita di kejutkan dengan kematian dua orang kanak kanak di Sarawak yang di sebabkan oleh penyakit anjing gila.
Penyakit anjing gila ini juga dikenali sebagai Rabies. Ianya adalah penyakit bawaan virus yang boleh berlaku melalui gigitan haiwan yang dijangkiti ataupun daripada air liur haiwan yang dijangkiti virus ini.
Virus ini boleh menyerang saluran saraf dan otak dan boleh menyebabkan kematian. 

Tanda dan Gejala Penyakit Anjing Gila
Kenali tanda tanda dan gejala peyakit anjing gila ini:
➠Inflamasi pada otak dan saraf ➠Rasa bimbang, sakit kepala, demam dan lesu ➠Perubahan deria di sekitar tempat gigitan ➠Mudah teransang, berhalusinasi, dan takut menaiki pesawat dan pada tiupan angin (aerophobia) ➠Berasa gerun atau bencikan air (hidrophobia) disebabkan oleh kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan ➠Celaru, sawan sehingga boleh membawa maut
Awas jika anda mengalami tanda tanda seperti di atas segera berjumpa doktor ye.

Jika Anda Sudah Terkena Gigitan Anjing Gil…