Skip to main content

Posts

Showing posts from May 10, 2016

Panau sudah hilang kulilt lebih cantik dengan vivix

Assalamualaikum semua. Pagi ini saya ingin bercerita mengenai panau. Semua orang pernah dengar perkataan panau kan? Dan saya rasa majoriti semua orang menghadapi masalah ini. Jom kenali lebih lanjut mengenai penyakit panau ini.
Apa itu Panau?
Panas adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit disebabkan oleh kulat jenis Malassezia. Kulat ini biasanya ditemui pada bahagian kulit dimana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) seperti bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan tertentu.

Bagaimana bentuk Panau?
Bahagian-bahagian badan yang biasa dijangkiti panau selalunya kaya dengan sebum seperti bahagian dada, belakang badan, lengan dan leher. Pesakit- pesakit mempunyai tombok-tompok pucat (putih, merah jambu) atau gelap (perang, hitam) dengan permukaan yang berdebu halus. Tompok-tompok ini berbentuk bulat atau bujur dan kadang-kada…