Skip to main content

Posts

Showing posts from December 11, 2016

Yakinlah Rezeki Itu Jaminan Allah

Assalamualaikum semua. Hari ini kongsi satu kisah. Rasa terkesan dengan pembacaan satu kisah Nabi Sulaiman dan semut. Cerita yang terlalu simple tapi memberi kesan yang mendalam pada kita yang bernama manusia. Kisahnya begini. Suatu hari Nabi Sulaiman bertanyakan pada semut. Dalam setahun berapa banyak makanan yang kamu perlukan? Lalu jawab si semut hanya sebesar sebutir gandum. Lalu Nabi Sulaiman meletakkan semut tadi di dalam botol bersama dengan sebutir gandum. Di tebuk sedikit botol tersebut agar ada udara yang masuk. Cukup setahun Nabi Sulaiman pun membuka balik botol tersebut. Alangkah terkejutnya beliau melihat masih ada separuh lagi gandum tersebut. Lalu beliau bertanyakan pada semut. Mengapa hanya separuh sahaja yang di habiskan, sedangkan sebelum ini engkau menyatakan perlukan sebutir gandum untuk setahun? Semut ini menjawab bahawa, jika di luar botol rezekinya di jamin oleh Allah.Maka dia tidak takut kerana Allah pasti mencukupkan rezeki