Skip to main content

Posts

Showing posts from October 6, 2018

Tragedi Lemas 6 Anggota Bomba

Semalam rasa tak lena nak tidur. Masih lagi memikirkan kisah 6 anggota bomba yang meninggal dunia akibat lemas ketika misi mencari dan menyelamat. Masih terbayang bayang lagi video yang ditular di media sosial, rasa macam tak boleh terima hakikat. Macam mana semua ini boleh berlaku? Bila terjadi perkara sebegini, apa perkara utama yang berada dalam fikiran adalah keluarga mangsa. Apalah nasib isteri dan anak anak mangsa. Tak sanggup melihat anak anak meraung dan menangis memanggil bapa mereka yang sudah syahid. Allah, sungguh hati ini tidak kuat. Maka, mengalir juga air mata ini. Sungguh mulia hati mereka dalam menjalankan tugas. Langsung tidak gentar. Sungguh Allah lebih menyayangi diri mereka. Da\oaku moga keenam enam mereka ditempatkan dalam golongan yang beriman. Buat keluarga mangsa, salam takziah. Moga mereka kuat mengharungi semua yang berlaku.Pasti ada sesuatu yang Allah nak bagi di kemudian hari.Percayalah! Dan harapan Ms J pula, harapnya kejadian ...

Set Skincare Youth Shaklee

Bila dengar shaklee akan mengeluarkan skincare baru, rasa teruja sekali. Dulu pun guna skincare enfusselle rasa dah puas hati. Inikan pula skincare yang lebih baik lagi daripada skincare shaklee yang lain iaitu enfuselle dan nutriwhite. Dan kalau nak tahu, setelah youth skincare ini keluar, maka tiada lagi lah skincare enfuselle dan nutriwhite tu. Ini lebih kurang menggantikan skincare yang terdahulu dengan yang terbaru skincare. Sudah tentu skincare youth ini memunyai seribu kali lebih baik berbanding dengan skincare shaklee yang terdahulu. Kalau nak tahu skincare youth shaklee ini bukan sebarang skincare taw, ianya dijalankan ujian klinikal sebelum ianya dilancarkan. Dan sudah pasti ianya sangat mengujakan. Kulit akan nampak lebih muda dalam 7 hari sahaja dan 2/3 daripada wanita berjaya menjadikan kulit mereka lebih muda 10 tahun daripada usia sebenar! Siapa yang tak nak awet muda. Tanyalah sesiapa, mana mana perempuan sekalipun, Ms J yakin semua mahukan kulit ...