Skip to main content

Posts

Showing posts from December 30, 2017

Resepi Nasi Goreng Sardin Yang Sedap

Nasi goreng sardin? Ya malam ini Ms J masak nasi goreng lagi, tapi bukan nasi goreng belacan , tapi nasi goreng sardin pula ye. Nasi goreng sardin yang sedap dan mudah Pernah dengar tak nasi goreng sardin ni?Kalau pergi makan kat kedai rasanya susah nak cari menu nasi goreng sardin ini kan. Yang ada biasalah nasi goreng kampung, thai, cina, usa, ikan masin, paprik dan sebagainya. Nasi goreng sardin memang susah sangat nak cari.Maka, malam ini menu special, iaitu nasi goreng sardin yang sedap dan takkan jumpa di kedai makan ala thai tu.hehe. Alkisahnya, balik dari kerja semalam lihat sardin yang digunakan untuk membuat roti sandwich pagi tadi masih berbaki.Pening juga, sebab nanti membazir je sardin ini.Last last terfikir nak buat nasi goreng sardin ini. Hmm kreatif juga Ms J ini.haha Nak masak nasi goreng sardin ini sangatlah mudah.Yang penting kena ada nasi putih dan ikan sardin. Barulah jadi nasi goreng sardin. Resepi Nasi Goreng Sardin Nasi putih Bawang merah ...