Skip to main content

Posts

Showing posts with the label JJCM

Tempat Makan Best Di Alor Setar

Hari ini adalah hari hujung minggu bagi warga Pulau Pinang.Tapi hari ini Ms J terpaksa bekerja outstation iaitu ke Alor Setar, Kedah. Mujur hari ini tak banyak sangat kerja di pejabat, maka dapatlah tenang sedikit.huhu Tapi yang sedih tu sebab hari ini makan tengahari sorang sorang.Kawan kawan yang lain cuti.Aduhai tengah fikir nak makan kat mana.Tetiba teringat  ' lama dah tak makan di kopitiam'. Ok set hari ini Ms J nak pergi makan kat kopitiam, kat Alor Setar ini. Kalau korang nak tahu kopitiam ini terletak di Jalan Teluk Wanjah, dekat roundabout. Bersebelahan dengan Restoren Aminres Apa yang best makan kat kopitiam ini? Haa kalau nak tahu macam macam makanan ada kat sini. Pelbagai jenis aneka nasi, mee, kuih muih dan sebagainya. Bila banyak sangat menu, pening pula nak makan apa kan.haha. Ok di sini Ms J list apa yang ada: Aneka nasi : Nasi goreng kampung Nasi goreng cina Nasi goreng ikan masin Nasi goreng hailam ...

Char Kuew Tiaw Di Kampung Pelet, Memang Terbaik!

Suami masih lagi cuti pada hari ini.Maka kami sekeluarga balik kampug di Pokok Sena, Kepala Batas. Hari ini mak mentua masak kari ikan masin (ikan talang).Kalau bukan kerana masih lagi kenyang, berpinggan pinggan Ms J makan.Almaklumlah kari ikan masin bersama sambal belacan memang sedap! Lepas maghrib saja ajak suami keluar makan lagi.Tapi tak tahu nak makan apa.hehe. Last last adik ipar suggest pergi makan char kuew tiaw di Kampung Pelet.Maka pergilah kami sekeluarga lepas maghrib tadi. Kali ini kami order char kuew tiaw banjir. Dalam menunggu tak sabar pula rasa nak makan.Tengok orang sebelah makan macam best je. Akhirnya sampai juga makanan kami.Masa menunggu tak ada la lama sangat, Ms J rasa dalam 10-15 minit.Mungkin juga sebab orang masih lagi tak ramai. Ms J tengok chefnya pun ramai.Dalam 3 orang.Mungkin juga sebab inilah servisnya cepat. Makan sepinggan rasa kenyang sangat.Biasanya makan char kuew tiaw kan kecil je po...

Jalan Jalan Bersama Keluarga Di Tanjung Dawai

Assalamulaikum dan selam sejahtera. Rasanya sudah lama tidak isi masa bersama keluarga ini. Jadi minggu lepas Ms J plan bersuami suami ke Tanjung Dawai. Niat sebenarnya hanyalah membeli ikan masin untuk mak Ms J di Kelantan. Orang kata nak cari ikan masin yang murah-murah datang kat Tanjung Dawai ini. Oleh kerana Ms J tak berapa arif sangat mengenai ikan masin ni, maka Ms J bawak mak mentua sekali pergi. Lagipun mak mentua Ms J ni dah biasa datang sini, orang kata dah regular customer.hehe Maka, mak mentua Ms J bawak Ms J ke kedai K.Ta. Kedainya terletak di tingkat atas sepanjang bangunan kedai tersebut. Semasa Ms J pergi, ramai sangat orang sampai tak terlayan tuan kedainya. Ms J pun suka jugak datang kedai K.Ta ini sebab beliau seorang yang peramah.Boleh di katakan dengan semua orang beliau sembang. Apa yang Ms J cari adalah ikan masin ikan talang. Pertama kali tengok ikan ni, besar sangat. Lalu Ms J ambil yang sederhana besar, beratnya 1.8 kg. Dan harga...