Skip to main content

Posts

Showing posts from April 20, 2018

Majlis Perpisahan Rakan Sekerja

Semalam tempat kerja telah mengadakan satu majlis perpisahan untuk salah seorang rakan sejawatan Ms J di tempat kerja. Namanya Lim Chu Keng, yang mana telah berkhidmat di sana selama 6 tahun ++.
Lama tu 6 tahun. Tetiba beliau mendapat tawaran yang lebih baik, dengan sebab itulah beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja di sini.
Pada mulanya rasa sedih juga. Sebab sudah tentu rasa kehilangan seorang rakan sejawatan. Walaupun beliau berlainan agama dan bangsa, tapi kami boleh bekerja dengan baik, tanpa mengira semua tu.
Memang Ms J akui, beliau banyak membantu dalam segala hal di tempat kerja. Jika komputer rosak atau ada masalah mesti cari beliau lah. Memang takde muka lain yang Ms J cari kalau bukan beliau.
Tambah pula beliau seorang saja staff lelaki di tempat kerja Ms J. Lagi senang jika perlu melakukan kerja berat seperti mengangkat barang, selalu beliau lah yang kami panggil untuk membantu kami yang perempuan ini.
Namun, lepas ini semua tu kena buat sendiri dah memandangkan …