Skip to main content

Posts

Showing posts from November 10, 2017

Haid Tidak Teratur Punca Sukar Hamil

Setiap wanita mempunyai kitaran haid yang berbeza. Ada yang setiap bulan haid datang dengan jayanya, namun ada juga yang mempunyai masalah haid yang tidak teratur.
Apa Yang Di Maksudkan dengan Haid Yang Tidak Teratur?
Kitaran haid yang normal adalah berlaku sekitar 21 – 35 hari.Jadi, kitaran haid yang tidak teratur boleh berlaku lebih awal daripada 21 hari atau lebih lama daripada 35 hari.


Masalah haid tidak teratur inilah yang sering melanda kaum wanita, yang mana ada yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan sebulan boleh jadi 2 kali datang haid, atau selama 2 bulan tidak datang haid langsung.
Mengikut Dr R Juhaidah, seorang pakar perunding obstetrik dan ginekologi, kita boleh tentukan haid kita teratur atau tidak.Ianya boleh dikira dengan cara mengira kitaran haid dari hari pertama kita datang haid sehinggalah hari pertama haid yang seterusnya.
Lakukan kiraan ini sekurangnya selama 3 bulan.Jika tarikh haid anda sangat jauh dan tidak berada dalam lingkungan 21- 35 hari, m…