Skip to main content

Posts

Showing posts from April 19, 2018

Tips Urus Kewangan Bersama Pasangan

Semalam ada kelas bersama mentor, tajuknya amat menarik iaitu mengenai tips urus kewangan bersama pasangan.Rasanya semua orang mempunyai masalah kewangan ini, memandangkan semua harga barang naik. Namun, dengan pengurusan kewangan yang betul boleh membantu kita sekeluarga untuk merancang kewangan dengan baik. Bila bercerita mengenai pengurusan kewangan ini, Ms J sendiri masih belum pernah menghadiri kelas pengurusan kewangan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Bila ada mentor yang sudi berkongsi mengenai tips urus kewangan bersama pasangan ini, Ms J rasa teruja sangat sebab sedikit sebanyak ianya boleh membantu dalam masalah kewangan yang dialami oleh Ms J sendiri. Sebelum Ms J berikan tips mengurus kewangan bersama pasangan, Ms J ingin berkongsi bahawasanya Ms J dan suami adalah bekerja. Malah, sama juga dengan mentor Ms J yang berikan tips ini, kedua duanya adalah bekerjaya. Namun, kami masih mempunyai masalah yang sama, iaitu masalah kewangan. Bukan itu sahaja...