Skip to main content

Posts

Showing posts from July 27, 2016

Bila kad hijau datang rasa macam nak lari je dari sekolah

Teringat lagi masa sekolah rendah agak takut jika orang hospital datang ke sekolah untuk melakukan pemeriksaan gigi.Rasa masih segar lagi di ingatan bila nurse akan panggil sorang demi sorang untuk pemeriksaan gigi. Kadang-kadang tu nurse akan hantar 4-5 keping kad hijau ni kat kelas. Haa mulalah rasa gelabah. Janganla aku yang kena..hahaha.Takut nanti kena scaling, cabut gigi dan macam-macam lagi. Iye la waktu tu kan masih kanak-kanak lagi, nak berus gigi pun malas.hehe Sekarang dah besar baru tahu pentingnya menjaga kebersihan gigi ni. Kalau tak malulah gigi rosak, gusi bengkak dan berdarah,dan yang paling tak tahan bila sakit gigi. Ok kali ini Jam nak kongsi mengenai gusi bengkak atau berdarah. Pernah tak korang mengalami masalah ini? Pernah kan? Malah Jam pun pernah, bukan sekali malah berkali-kali.huhu Banyak orang sering mengalami pembengkakan gusi akibat sisa makanan yang terselit dia antara gigi atau kerana gigi berlubang dan tersimpan di dalam gigi kemudian ...

Kali kedua masak rendang, tapi awesome!

Esok ada jamuan aidilfitri kat tempat suami Jam.Dalam pening-pening nak bawak apa,Jam buat keputusan masak rendang ayam. Lepas balik kerja singgah sekejap kat Lemang Pakteh.Kalau kat sungai petani ni lemang ni agak terkenal. Harga nya ok,tak ada la mahal sangat.Ada lemang saiz kecil, saiz besar dan lemang cheese. Harga pula kalau lemang yang size kecil tu RM 10, saiz besar RM12 dan lemang cheese RM 15. Sepanjang duduk sungai petani ni tak pernah pula beli lemang cheese tu. Nampak lain daripada yang lain,mungkin lepas ni boleh cuba.hehe Nak dijadikan cerita petang tadi Jam beli la 2 batang lemang. Lepas itu,pastu lupa pula nak suruh pakcik tu buka siap-siap buluh lemang tu. Dalam tengah- tengah bawak kereta tu fikir nanti nak buka dengan apa.Kat rumah bukan ada parang, pisau adala.Nak patah balik malas pula sebab tengok kereta bersusun. Adoii takpela.Pisau pun pisau la.haha.Akibatnya si suami la jadi mangsa kena buka buluh tu.Thank you abang! Eh Jam buka...