Skip to main content

Posts

Showing posts from August 18, 2016

Batuk yang Berpanjangan, risiko kepada Kanser Paru-paru

Ramai di kalangan kaum Adam yang merokok walaupun mereka tahu bahaya daripada merokok.Salah satunya adalah kanser paru-paru. Kanser paru-paru adalah salah satu penyebab utama kematian di Malaysia.Pada tahun 2007 secara keseluruhan ia adalah kanser ketiga selepas kanser payu dara dan kanser kolorektal. Wow, amat menakutkan sebab bila kita sebut mengenai kanser ini, selalu kita akan fikir mengenai kematian kan? Ya memang betul, jadi marilah kita katakan tidak pada rokok! Nak berhenti merokok baca tips ini  Tips 12'M untuk berhenti merokok Menghisap rokok adalah punca utama kanser paru-paru.Tak kiralah anda perokok tegar ataupun perokok pasif. Sejak tahun 1950 an kajian telah mendapati bahawa rokok memeng mempunyai kaitan dengan kanser paru-paru. Asap rokok mengandungi lebih daripada 4,000 bahan kimia, banyak daripadanya dikenalpasti sebagai penyebab kanser-paru Menghisap 20 batang rokok sehari berisiko sebanyak 20 hingga 25 kali ganda mendapat kanser paru-paru