Skip to main content

Posts

Showing posts from December 16, 2017

Pengalaman Merawat Anak Muntah-muntah Yang Teruk

Ini adalah pengalaman pertama Ms J merawat anak muntah yang teruk, sampai di masukkan ke dalam hospital.Kalau sebelum ini demam sikit je, masih ok dan masih boleh dirawat di rumah, tapi kali ini Hadif mengalami muntah yang teruk sekali.
Hari kedua, hadif masih lagi muntah-muntah. Pagi itu walaupun masih muntah muntah, namun Hadif masih lagi aktif. maka, Ms J pun tidaklah risau sangat.
Pada sebelah petang, Hadif sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan Ms J. Muntah yang masih tidak berhenti dan badan sudah lemau tidak bermaya.
Pada waktu itu, Ms J ingat ingin menunggu suami balik kerja baru sama-sama ke hospital, namun melihat Hadif yang lesu tidak bermaya itu terus Ms J bersiap ke hospital.
Sesampai di hospital Hadif di masukkan ke wad kecemasan dan di pasang dengan 'drip'. Kesian pula melihat anak ini yang tidak bermaya, meraung kesakitan apabila nurse memasang 'drip'.Takpela, harapnya dengan bantu 'drip' ini boleh membantu mengurangkan muntah munta…