Skip to main content

Posts

Showing posts from May 6, 2017

Jalan-Jalan Di Gunung Jerai

Lama dah rasanya entry ini tertangguh.Banyak benda nak kena settle, dengan kesihatan yang tak berapa ok.
Hampir sebulan berlalu, hari ini baru terdetik untuk menulis.Itupun sebab membelek belek gambar di telefon ini.Kalau tak rasanya dah jadi album jela..huhu.
Kali ini Ms J nak berkongsi tempat menarik di Kedah yang anda boleh lawati.Bawa satu keluarga, tenangkan fikiran di sini mesti best!
Tempat yang Ms J maksudkan adalah Gunung Jerai, yang mana salah satu daya tarikan pelancong ke Kedah.
Gunung Jerai juga di kenali sebagai Puncak Kedah.Ianya terletak di sempadan antara daerah Kuala Muda dan Yan, Kedah.
Apa yang menariknya mengenai Gunung Jerai ini adalah ianya terletak di pesisir pantai, yang mana dari puncak gunung kita boleh melihat pemandangan laut dan sawah padi di sekitar Kedah dan Pulau Pinang.


Sebenarnya perjalanan kami sekeluarga ke Gunung Jerai ini tidak dirancang pun sebenarnya.Al kisahnya kami singgah di rumah kawan di Gurun, Kedah. Ada majlis makan makan.
Semasa otw ba…