Skip to main content

8 Punca Asam lambung yang Kita Tak Ketahui!

Pernah dengar asam lambung? Sebenarnya Ms J pun pertama kali dengar mengenai perkataan asam lambung ini. Ini pun tahu bila ada pelanggan yang bertanyakan vitamin untuk masalah asam lambung yang dihadapi.

Okla sebenarnya asam lambung ini memang sering kita dengar. Dalam bahasa mediknya dikenali sebagai gastroesophageal reflux disease (GERD). Oo, Ms J pun baru tahu asam lambung dan GERD ini adalah masalah yang sama, cumanya nama yang berbeza.

Penyakit asam lambung ini boleh dikatakan sangat familiar diantara kita. Malah ianya sering berlaku pada setiap peringkat umur, tak kira tua atau muda.

Asam lambung atau GERD ini adalah sejenis keadaan di mana nyeri pada ulu hati atau rasa sensasi terbakar di dada kesan daripada naiknya asam lambung ke esophagus.


Secara normal, sistem pencernaan badan kita bermula daripada esophagus ke perut. Esophagus ini adalah sejenis kerongkong yang menghubungkan mulut ke lambung.

Manakala asam lambung pula adalah sejenis asam hidroklorida yang terdapat di lambung. Ianya berfungsi sebagai pemecah makanan dan melindungi tubuh daripada  bakteria. 

Di bahagian hujung esophagus dikenali sebagai lower esophagheal sphinter (LES). LES ini lebih dikenali sebagai injap, yang mana bila ada makanan yang ingin masuk dari esophagus ke perut, ianya akan terbuka.


Namun, apabila berlaku injap ini lemah atau berlaku kerosakan, maka dengan mudahnya makanan boleh naik  semula ke bahagian esophagus. Kesannya, dinding esophagus boleh mengalami kerosakan dan menyebabkan asam lambung berlaku.

Jika ini yang berlaku, kita akan merasa pedih ulu hati atau rasa seperti terbakar di sekitar dada. Biasanya penyakit asam lambung ini tidaklah berbahaya, namun jika ianya sering berlaku masalah asam lambung ini boleh menyebabkan keradangan pada esophagus, susah untuk menelan makanan dan sebagainya.


Punca Asam Lambung Berlaku


Sudah menjadi persoalan kita, kenapa agaknya asam lambung ini berlaku? Apakah faktor yang menjadi punca asam lambung berlaku pada sesetengah orang.


Di sini terdapat 8 punca yang boleh menjadi penyebab berlakunya masalah asam lambung.

  • Berbaring setelah makan atau makan hingga kenyang
  • Kelebihan berat badan
  • Konsumsi aspirin, ibuprofen atau ubat relaksasi otot
  • Ngemil sebelum tidur
  • Minum minuman beralkohol, soda, teh atau kopi
  • Makan makanan tertentu seperti coklat, bawang merah atau putih, tomat, sajian berlemak dan pedas
  • Hamil
  • Merokok

Jika anda salah seorang penderita asam lambung dan  8 perkara di atas adalah antara aktiviti yang anda sering lakukan, maka cuba hentikan.

Lihat apa kesan pada diri anda. Jika masalah asam lambung berjaya di atasi, tahniah Ms J ucapkan. Semoga entry kali ini membantu mereka yang mencari solusi kepada masalah asam lambung.

Masalah angin dalam badan? Baca 6 cara buang angin dalam badan dengan mudah.


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...