Skip to main content

Posts

Showing posts from August 29, 2017

Sebab Utama Susu Ibu Cair Yang Ibu Harus Ketahui!

Masih teringat lagi masa menyusu anak dua tahun lepas,rasa susu ibu kurang dan susu cair, terus ambil langkah alternatif lain dengan memberi si kecil susu formula tanpa mengetahui sebab susu ibu cair. Dan sekarang alhamdulillah sudah mempunyai ilmu serba sedikit mengenai susu ibu termasuklah punca susu ibu cair. Sebenarnya susu ibu ini boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu susu foremilk dan susu hindmilk. Susu foremilk ada susu yang keluar pada awal menyusu.Susu ini agak cair berbanding berbanding susu hindmilk. Susu hindmilk pula adalah susu yang keluar pada akhir penyusuan.Susu ini lebih pekat berbanding susu foremilk. Sebab Susu Ibu Cair : Susu foremilk dan susu hindmilk Kedua dua jenis susu ini memainkan peranan tersendiri buat si bayi.Walaupun susu foremilk ini lebih cair dan dikatakan kurang berkualiti, sebenarnya susu ini kaya dengan protein yang mengandungi banyak sel imuniti. Sel imuniti inilah yang membantu sistem daya pertahanan bayi di aw