Skip to main content

Posts

Showing posts from July 20, 2016

Emergency Leave Kerana Sakit Perut Akibat Apendiks

Beberapa bulan yang lepas, Ms J amat terkejut apabila mendapat tahu kawan sekerja EL dan masuk hospital kerana apendik.Sehari sebelum itu kami siap pergi makan tengahari bersama-sama lagi. Apa itu apendik? Apendiks merupakan satu organ seakan kantung yang terkeluar dari kolon di bahagian bawah dan kanan abdomen. Walaupun fungsi dan struktur organ ini tidak begitu dikenalpasti tetapi ini tidak bermaksud organ tersebut tidak akan mendatangkan masalah. Apendisitis merupakan satu keadaan di mana apendiks itu akan membengkak dan dipenuhi nanah. Adalah dianggarkan lebih kurang 2 % dari mana-mana kalangan masyarakat akan mengalami penyakit radang apendiks dalam jangka hayat mereka. Simptom utama apendisitis adalah rasa sakit yang bermula dibawah perut (tengah abdomen) dan beralih ke bahagian bawah kanan abdomen. Rasa sakit apendisitis selalunya menjadi bertambah sakit dalam tempoh 6-12 jam dan lama kelamaan ianya akan menjadi teruk.  Sesiapa sahaja boleh mngalam