Skip to main content

Posts

Showing posts from April 17, 2018

Syukuri Dengan Nikmat Yang Ada!

Rasa sedih, sebak dan macam macam lagi bila teringat kisah semalam. Iya, tak semua orang bernasib baik. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berada, dan ada juga yang di lahirkan dalam keluarga sederhana. Kisah semalam di kedai makan, kami sekeluarga makan nasi goreng pattaya dan nasi goreng USA. Tapi bila melihat pak cik di meja makan sebelah hanya makan nasi putih + telur dadar + sup kosong, terus rasa sebak. Mungkin di tengah-tengah bulan gaji pun dah semput , fikir Ms J. Tapi rasa sedih sebab di pertengahan usia pak cik tersebut masih lagi bekerja.Ini kerana Ms J lihat beliau memakai t-shirt shell yang bewarna oren. Mungkin juga pak cik ini perlu menyara anak-anak nya, dan mungkin juga gaji pak cik ini tak seberapa untuk menikmati sepinggan nasi goreng. Ya Allah, rasa nak menitis air mata ini mengenangkan nasib orang lain. Sungguh bertuah Ms J mempunyai pekerjaan, suami yang boleh menyara kami anak beranak secukupnya. Bila melihat orang yang lebih susah ...