Skip to main content

Posts

Showing posts from June 16, 2016

Kenali Tanda dan tips mencegah scabies (Kudis Buta)

Zaman kat universiti dulu pernah Jam dan kawan-kawan  gatal-gatal, kulit jadi merah tak tahu sebab apa. Boleh dikatakan setiap hari bangun tidur terasa gatal.Nak di jadikan cerita suatu hari kawan Jam terjumpa sesuatu kat tilam. Hama! Selepas daripada itu satu bilik Jam kemas nak bagi hilangkan hama ini. Tilam sembur fabreze dan jemur tengah panas, selimut semua basuh, tapi gatal-gatal tu masih ada lagi. Last sekali Jam beli je tilam baru..Selesai masalah.hihi Hari ini terdetik nak berkongsi bagaimana nak cegah hama ini. Hama ini atau nama saintific Sarcoptes scabies merupakan penyebab utama scabies atau lebih glamor dipanggil kudis buta. Kudis buta adalah sejenis penyakit jangkitan kulit yang berjangkit yang disebabkan oleh hama. Hama adalah sejenis makhluk seperti serangga yang membentuk laluan atau terowong di bawah lapisan luar kulit. Ianya bertelur di bawah kulit dan menghisap darah dari mangsanya. Kudis buta dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit ke kulit....