Skip to main content

Posts

Showing posts from January 22, 2019

Tudung Yang Mudah Dipakai, Tak Perlu Pin Dan Tak Perlu Digosok

Assalamualaikum dan salam hujung minggu.
Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai tudung yang mudah dan senang dipakai. Tak perlu nak pin dan paling best tu, tak perlu nak gosok.
Yeayhh, akhirnya Ms J jumpa juga tudung yang sangat senang dipakai ini. Dan yang paling best tu tudung ni tak perlu nak gosok. Biasalah bila anak dah dua, memang nak jimat masa dan tenaga. Nanti nak keluar mana tak perlu lagi nak ambil masa berjam jam.
Dari nak siapkan anak anak sampailah diri sendiri. Aduh, kadang tu berpeluh juga. Tambah lagi bab gosok tudung ini bahagian yang Ms J paling tak suka, lagi lagi kalau shawl yang besar dan lebar.Jenuh untuk di gosok.
Bila dah jumpa tudung yang tidak perlu gosok, terus cari dan survey survey. Eh, lupa tudung yang Ms J maksudkan adalah tudung bokkita. Iya, Ms J baru tahu kewujudan tudung ini walaupun tudung ini dah bertahun wujud di Malaysia.


Almaklumlah dulu tak pernah nak ambil tahu semua ini. Tapi sejak join shaklee dan ramai kengkawan shaklee yang memang pemakai …