Skip to main content

Posts

Showing posts from January 9, 2018

Bahaya Tekanan Darah Tinggi Menyebabkan Komplikasi Buah Pinggang dan Penyakit Jantung

Tekanan darah tinggi boleh memberi kesan pada tahap kesihatan seseorang.Dikatakan 37 % rakyat Malaysia mengidap tekanan darah tinggi. Jika dilihat, tekanan darah tinggi ini hanyalah suatu penyakit yang biasa biasa sahaja.Namun, harus diingat kerana tekanan darah tinggi lah, boleh menyebabkan penyakit lain, seperti stroke dan penyakit jantung. Dengan asbab itulah, tekanan darah tinggi ini diklasifikasikan sebagai salah satu penyakit kronik.Penyakit kronik taw, bukan penyakit ringan ringan atau penyakit biasa. Tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi ini boleh berlaku disebabkan oleh tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada biasa secara kronik. Secara amnya, tekanan darah diukur dengan dua ukuran, iaitu sistolik dan diastolik.Ukuran tekanan darah yang normal adalah sepatutnya berada dalam lingkungan 120/80 mmHg. Nombor 120 itu merujuk kepada sistolik, yang mana tekanan yang dikenakan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan ja