Skip to main content

Posts

Showing posts from April 23, 2019

Rezeki Ada Di Mana Mana

Rasa sedih tetiba dapat mesej daripada Pantai Hospital, katanya pengambilan jawatan untuk Ms J terpaksa di KIV.
Rasa sedih menyelubungi hati ini. Seharian rasa tak dapat fokus pada kerja. Mungkin belum rezeki aku lagi, terdetik dalam hati ini.
Bila balik rumah, cerita kat suami, encik suami dengan rileks berkatanya, ' takpalah kerja lah dulu dengan kerja sekarang. Bukan kita tak de kerja'
Ya, bukan Ms J takde kerja sekarang. Memang ada kerja hakiki. Takpelah, mungkin bukan rezeki Ms J lagi untuk kerja berkedekatan dengan rumah.
Tapi, dalam hati ini kerap berdoa, moga ada keajaiban yang berlaku. Mungkin dorang akan terbuka hati untuk ambil Ms J bekerja nanti.
Tapi seandainya tidak, Ms J redha. Sebab setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yang penting kita percaya pada rezeki Allah.
Rezeki Allah ini sangat luas, tak terkira oleh manusia. Cuma kita je tak pernah nak mensyukuri akan nikmat Allah.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah, atas nikmat yang Engkau berikan padaku ini!