Skip to main content

Posts

Showing posts from November 13, 2017

Tips Legakan Bengkak Susu

Assalamualaikum.
Masih ingat lagi Ms J pada mula mula melahirkan Hadif, Ms J mengalami masalah bengkak susu yang amat teruk.Sakitnya bengkak susu ini sampaikan nak mengangkat kedua dua tangan pun tak boleh.
Pada waktu itu, Ms J masih lagi buta ilmu, langsung tidak tahu mengenai masalah bengkak susu ini.Apatah lagi untuk mencari vitamin supaya bengkak susu ini reda.Apa yang Ms J buat adalah menahan sakit bengkak susu dan teruskan menyusu.
Itulah MsJ.Kali ini buat anak yang kedua dah sediakan diri siap siap dengan ilmu keibuan dan penyusuan.Kalau boleh tak nak lagi masalah bengkak susu ini berulang.Jadi hari ini Ms J ingin berkongsi mengenai tips legakan bengkak susu pada wanita menyusu.

Sebelum itu, mari kita kenal dulu tanda tanda jika anda mengalami bengkak susu ini.Kenalpasti tanda ini.Jika anda memang mengalami tanda tanda seperti ini, memang sah anda mengalami bengkak susu!
Tanda Bengkak Susu
⇛Sakit pada payudara ⇛Bengkak pada payudara dan terasa panas ⇛Permukaan kulit payudara t…