Skip to main content

Posts

Showing posts from October 10, 2016

Cara mencegah asma pada kanak kanak

Selalu kita dengar kan, asma di kalangan kanak-kanak dan juga orang tua. Dan yang paling sinonim nya penyakit asma ni adalah penyedut atau nama glamournya inhaler. Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit di serang asma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas dan sukar untuk bersenam. Ketika otot mengejang saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan, Apabila ini terjadi, paru-paru akan berkurangan udara.Akibatnya pesakit boleh pengsan. Asma di Kalangan Kanak-kanak Buat ibu-ibu di luar sana, berjaga-jaga ye, kanak-kanak juga boleh terkena asma. Menurut kajian jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10-20 peratus. Selalunya penyakit ini tidak boleh di ubati.Namun, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat. ...