Skip to main content

Posts

Showing posts from November 21, 2016

Tanda Awal Kanser Rahim Yang Perlu Wanita Ambil Tahu

Kanser rahim adalah kanser yang selalu berlaku di kalangan kaum wanita. Apa itu kanser rahim? Apa itu Kanser Rahim? Kanser rahim adalah kanser yang berlaku atau berasal daripada bahagian rahim. Rahim ini berfungsi sebagai organ reproduktif yang mana tempat janin membesar atau lebih dikenali sebagai kandungan. Ianya berbentuk seperti buah pear, dan terdiri daripada dua bahagian, iaitu badan (uterine body) dan pangkal rahim (servix). Rahim ini terdiri daripada dua bahagian badan utama, iaitu selaput dinding rahim (endometrium) dan dinding rahim yang terdiri daripada tiga lapisan otot dan stroma. Secara umumnya terdapat tiga jenis kanser yang sering terjadi di bahagian ini, iaitu: kanser di selaput dinding rahim (kanser endometrium) kanser yang berasal daripada dinding rahim (liomiosarkoma) kanser yang berasal daripada kedua-dua komponen selaput dan dinding (karsinosarkoma) Apakah Tanda Yang Sering Terjadi? Tanda kanser rahim ini sangat mudah untuk

Kencing Manis Ketika Hamil : Fakta Yang Ibu Perlu Tahu

Assalamualaikum semua. Perbualan hari ini bersama rakan yang hamil, beliau meluahkan rasa takut untuk mendapatkan pemeriksaan minggu depan untuk minum air gula. Iya la takut jika disahkan kencing manis ketika hamil. Opps hamil pun boleh terkena kencing manis ke? Ya, boleh. Malah daripada 100 orang bakal ibu, 18 orang berisiko intuk mendapat kencing manis ini taw. Dalam erti kata lain 18 %. Bermacam-macam persoalan timbul dalam kepala ini apabila sebut mengenai kencing manis ketika hamil.Alhamdulillah Ms J tidak pernah mengalami sebarang masalah semasa hamil suatu ketika dahulu. Maka, hari ini sibukkan diri menggoogle mencari info mengenai kencing manis ketika hamil ini. Ok di sini Ms J rumuskan daripada pembacaan saya ye. Kencing Manis Ketika Hamil Kencing manis ketika hamil atau dalam bahasa saintifiknya adalah  "gestation diabetes" merupakan sejenis penyakit yang mana paras gula dalam darah berlebihan daripada normal. Ianya biasa berlaku p