Skip to main content

Syukuri Dengan Nikmat Yang Ada!

Rasa sedih, sebak dan macam macam lagi bila teringat kisah semalam. Iya, tak semua orang bernasib baik. Ada yang dilahirkan dalam keluarga yang berada, dan ada juga yang di lahirkan dalam keluarga sederhana.

Kisah semalam di kedai makan, kami sekeluarga makan nasi goreng pattaya dan nasi goreng USA. Tapi bila melihat pak cik di meja makan sebelah hanya makan nasi putih + telur dadar + sup kosong, terus rasa sebak.


Mungkin di tengah-tengah bulan gaji pun dah semput , fikir Ms J. Tapi rasa sedih sebab di pertengahan usia pak cik tersebut masih lagi bekerja.Ini kerana Ms J lihat beliau memakai t-shirt shell yang bewarna oren.

Mungkin juga pak cik ini perlu menyara anak-anak nya, dan mungkin juga gaji pak cik ini tak seberapa untuk menikmati sepinggan nasi goreng.

Ya Allah, rasa nak menitis air mata ini mengenangkan nasib orang lain. Sungguh bertuah Ms J mempunyai pekerjaan, suami yang boleh menyara kami anak beranak secukupnya.

Bila melihat orang yang lebih susah daripada Ms J terus rasa bersyukur.Sesungguhnya sebelum ini Ms J agak leka, lalai malah jauh sekali untuk mensyukuri nikmat Allah.

Bila melihat betapa perit, lelah nya orang lain mencari rezeki baru sedar diri ini amat bertuah sekali. Tak perlu untuk membanting tulang empat kerat, tak perlu berpanas atau hujan dalam mencari rezeki.

Semua kerja di dalam aircond, berhawa dingin. Itu pun rasa tidak cukup lagi.Ya allah sungguh rasa angkuhnya diri ini dengan Allah.

Harini baru nak sedar diri. Mujur Allah bukakan pintu hati untuk kembali kepadaNya. Ya, kalau tak diri ini sentiasa hanyut di dalam dunia sendiri.



Sesungguhnya kita manusia sentiasa alpa, maka sentiasalah melihat mereka yang di bawah pada kita agar diri ini sentiasa nampak nikmat yang Allah berikan pada kita.

Moga kita menjadi salah seorang hamba yang bersyukur!

Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...