Skip to main content

Posts

Showing posts from November 18, 2016

Kanser Tekak Masih Boleh Dirawat Jika Anda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini Ms J nak berkongsi mengenai kanser tekak (throat cancer). Bila kita sebut sahaja mengenai kanser, rasa seram sejuk.Minta- minta di jauhkan la ye. Ok sebagai mana yang kita tahu kanser ini bermaksud sel sel abnormal membahagi dan membiak tanpa di kawal.Daripada sel sel abnormal inilah yang menbentuk "malignant" atau tumor. Kanser tekak bermaksud kanser di bahagian tekak. Kanser tekak ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kanser tekak (pharyngeal cancer) dan kanser kotak suara (laryngeal cancer). Apakah tanda dan simptom Kanser Tekak? Biasanya tanda-tanda kanser tekak ini susah untuk di diagnos pada peringkat awal. Namun, terdapat beberapa tanda-tanda yang common, seperti di bawah: Perubahan suara Susah untuk menelan (dysphagia) Susut berat badan Sakit tekak Kerap batuk (mungkin batuk berdarah) Sakit telinga Nafas berbunyi Apakah Penyebab dan Golongan Yang Lebih Berisiko Untuk Menda