Skip to main content

Posts

Review Penggunaan Lip Scrub Homemade Naam

Assalamualaikum. Sebenarnya lama dah dah berkongsi mengenai lip scrub homemade Naam ini.Tapi oleh kerana masa yang selalu sibuk, sering kali tertangguh entry lip scrub homemade ini. Okla sebenarnya juga ini adalah kali pertama Ms J menggunakan lip scrub. Sebelum ini memang tidak pernah tahu pasal lip scrub. Ms J ada masalah bibir yang agak berwarna gelap.Jadi, saja sembang bersama kawan, bagaimana nak dapatkan bibir yang pinkish gitu.huhu Lip scrub homemade Naam Lalu beliau mencadangkan Ms J untuk selalu menscrubkan bibir, agar sel sel mati akan dapat di buang dan sekali gus menjadikan bibir kita lebih segar dan berwarna kemerahan. Dari situ Ms J mula mengoogle, mencari jenama lip scrub yang bagus untuk dikenakan.Last las Ms J berjumpa dengan lips scrub homemade Naam yang terdapat di Lazada. Bila lihat semua review mereka yang pernah menggunakan lip scrub homemade Naam ini, rasa bertambah yakin lagi untuk terus membeli lip scrub homemade ini. Kali ini ...

Bahaya Kolestrol Tinggi Punca Stroke dan Jantung

Penyakit kolestrol tinggi sudah begitu sinonim dengan kita semua.Cumanya ramai yang masih belum sedar akan bahaya penyakit kolestrol tinggi. "Kolestrol tinggi? Ala biasa la tu, semua orang ada kolestrol tinggi ini." "Kolestrol tinggi sikit saja, tak perlu lah nak ambil langkah berjaga-jaga." Ini juga sering kali Ms J dengar daripada mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi.Nampak sangat kesedaran tentang bahaya kolestrol tinggi ini masih kurang di kalangan kita. Tahu tak kolestrol tinggi inilah yang memacu kepada pelbagai jenis penyakit.Antaranya yang sering kita dengar adalah sakit jantung. Kolestrol jahat (LDL) yang berlebihan berada dalam darah akan membentuk lapisan di dinding pembuluh darah. Lama kelamaan pembuluh darah ini akan sempit. Maka, apabila saluran pembuluh darah sempit, maka sel sel darah akan sukar untuk mengalir dan dengan sebab inilah kolestrol tinggi membawa kepada penyakit lain seperti di bawah Penyakit Jantung...

Ciri -ciri dan Tanda Kolestrol Tinggi

Penyakit kolestrol tinggi? Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Cumanya penyakit kolestrol tinggi ni suatu penyakit senyap , yang mana tidak menunjukkan tanda atau simptom. Malah ramai yang tidak perasan yang sebenarnya mereka mempunyai kolestrol tinggi. Kolestrol tinggi boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang kurus. Paras kolestrol yang normal sepatutnya berada pada tahap 160 -200 mg/dl. Jika anda mempunyai paras kolestrol  dalam badan melebihi daripada nilai ini, maka inilah yang dikatakan sebagai kolestrol tinggi. Paras kolestrol normal = 160 - 200 mg/dl Tahap berisiko = 200 - 239 mg/dl Risiko tinggi = melebihi 240 mg/dl Penyakit kolestrol tinggi ini kita tak nampak. Yang kita boleh perasaan adanya beberapa perubahan pada badan kita.Perhatikan tanda ini jika anda mempunyai kolestrol tinggi: Tanda Anda Mengidap Kolestrol Tinggi Kesemutan Kesemutan ini sering berlaku jika kita duduk tanpa bergerak...

Bahaya Asma Pada Anak

Rasanya penyakit asma ini tidak asing lagi buat kita semua.Penyakit asma ini sering terjadi pada semua orang, malah anak anak juga tidak terkecuali, cuma mungkin kita tidak sedar bahaya sebenarnya asma ini pada anak-anak. Bahaya asma pada anak anak ini jangan diambil mudah.Sama juga tanda-tanda asma yang sering berlaku pada anak anak. Awasi jika anak anak anda mengalami tanda asma seperti di bawah: Tanda-tanda asma Sesak dada Nafas bersuara Batuk-batuk Kesukaran bernafas Salah satu bahaya asma adalah kesukaran bernafas Bahaya asma ini sebabnya asma ini boleh menyerang pada bila bila masa tidak kira di mana anak-anak kita berada. Bayangkan jika asma menyerang ketika anak anak kita berada di luar penjagaan kita, apa akan jadi.Sudah tentu kita juga rasa bimbang kan? Dikatakan asma ini sering berlaku pada waktu malam dan ketika anak anak melakukan aktiviti fizikal di luar.Malah bukan itu sahaja, jika anak anak terdedah pada sumber pencetus asma juga mereka ...

Merawat Kolesterol Tinggi Sebelum Terlambat

Rasanya semua orang dah tahu pasal kolesterol tinggi ini. Semua orang mempunyai tahap kolesterol yang berbeza-beza. Namun, tak semestinya juga orang yang kurus tidak mempunyai kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi ini bermaksud paras kolesterol yang terdapat di dalam darah melebihi paras normal. Paras kolesterol yang normal adalah dalam lingkungan 160 mg -200 mg.Jika anda mempunyai kolestrol melebihi daripada paras ini, inilah yang dikatakan sebagai kolesterol tinggi. Kolestrol tinggi membawa bahaya Kolesterol tinggi ini juga di dipanggil sebagai hiperkolesterolemia. Kolesterol ini adalah sejenis senyawa lemak berlilin yang sebahagian besarnya dihasilkan di hati dan sebahagian yang lain di dapati daripada sumber makanan. Bila sebut mengenai kolesterol ini, ramai menganggap ianya sebagai punca segala penyakit, seperti penyakit jantung, stroke, darah tinggi dan sebagainya. Sebenarnya kolesterol ini mempunyai fungsi yang tertentu di dalam badan kita. Contohnya kolest...

Merawat Cacing Dikalangan Anak Dengan Zentel

Bulan ini genap dua tahun enam bulan usia Hadif.Sebelum terlupa Ms J beli siap siap ubat cacing jenama Zentel ni untuk dia makan. Sebenarnya, sebelum ni pernah ambik ubat cacing Zentel ini.Pesan nurse kat klinik berdekatan, ubat cacing ni kena ambil setiap enam bulan. Ubat cacing Zentel yang di beli di farmasi untuk Hadif Mujur Hadif dengan selamba, boleh habiskan sebotol dengan jayanya.Kalau tak, cakap je nak makan ubat, pasti keliling satu rumah dulu. Ubat cacing Zentel ini Ms J beli kat farmasi je, sebab haritu klinik bagi ubat cacing yang jenis tablet.Biasala, budak budak ni susah sikit nak makan ubat, apatah lagi ubat yang kena telan sebiji. Kenapa Perlu Merawat Cacing Kanak kanak mudah terdedah kepada keadaan persekitaran yang kurang bersih.Apatah lagi apabila tidak diamalkan kebersihan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Iyala, kanak kanak ni aktif, main sana sini tak mampu nak kenal yang mana bersih atau kotor.Dengan sebab itulah mereka mud...

Pengalaman Merawat Anak Muntah-muntah Yang Teruk

Ini adalah pengalaman pertama Ms J merawat anak muntah yang teruk, sampai di masukkan ke dalam hospital.Kalau sebelum ini demam sikit je, masih ok dan masih boleh dirawat di rumah, tapi kali ini Hadif mengalami muntah yang teruk sekali. Hari kedua, hadif masih lagi muntah-muntah. Pagi itu walaupun masih muntah muntah, namun Hadif masih lagi aktif. maka, Ms J pun tidaklah risau sangat. Pada sebelah petang, Hadif sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan Ms J. Muntah yang masih tidak berhenti dan badan sudah lemau tidak bermaya. Pada waktu itu, Ms J ingat ingin menunggu suami balik kerja baru sama-sama ke hospital, namun melihat Hadif yang lesu tidak bermaya itu terus Ms J bersiap ke hospital. Anak muntah-muntah Sesampai di hospital Hadif di masukkan ke wad kecemasan dan di pasang dengan 'drip'. Kesian pula melihat anak ini yang tidak bermaya, meraung kesakitan apabila nurse memasang 'drip'.Takpela, harapnya dengan bantu 'drip' ini ...