Skip to main content

Bahaya Kolestrol Tinggi Punca Stroke dan Jantung

Penyakit kolestrol tinggi sudah begitu sinonim dengan kita semua.Cumanya ramai yang masih belum sedar akan bahaya penyakit kolestrol tinggi.

"Kolestrol tinggi? Ala biasa la tu, semua orang ada kolestrol tinggi ini."

"Kolestrol tinggi sikit saja, tak perlu lah nak ambil langkah berjaga-jaga."

Ini juga sering kali Ms J dengar daripada mereka yang mempunyai masalah kolestrol tinggi.Nampak sangat kesedaran tentang bahaya kolestrol tinggi ini masih kurang di kalangan kita.

Tahu tak kolestrol tinggi inilah yang memacu kepada pelbagai jenis penyakit.Antaranya yang sering kita dengar adalah sakit jantung.

Kolestrol jahat (LDL) yang berlebihan berada dalam darah akan membentuk lapisan di dinding pembuluh darah. Lama kelamaan pembuluh darah ini akan sempit.

Maka, apabila saluran pembuluh darah sempit, maka sel sel darah akan sukar untuk mengalir dan dengan sebab inilah kolestrol tinggi membawa kepada penyakit lain seperti di bawah

Penyakit Jantung Koroner


Jika anda melihat populasi orang, semakin tinggi kadar kolestrol, maka semakin tinggi tingkat penyakit jantung dan pembuluh darah - Laurence Sperling

Bila dengar saja penyakit jantung semua orang pasti rasa takut bukan. Tapi tak semua orang ambil langkah berjaga-jaga untuk mendapatkan jantung yang sihat.

Kolestrol tinggi akan menyebabkan pembuluh darah menjadi keras dan sempit. kesannya pengaliran darah ke jantung akan terganggu.

Serangan jantung boleh berlaku pada bila bila masa sahaja apabila terdapat pembuluh darah yang tersumbat. 

Stroke


Penyakit stroke ini boleh berlaku sama seperti penyakit jantung. Kolestrol tinggi akan menyebabkan saluran pembuluh darah menyempit dan akibatnya darah yang membawa oksigen dan nutrisi ke otak akan berkurang.

Apabila otak tidak dapat menerima oksigen secukupnya, inilah yang menyebabkan stroke.Penyakit sroke ini jangan di ambil mudah sebab ianya juga boleh menyebabkan kematian.

Darah Tinggi


Penyakit kolestrol tinggi berkait rapat dengan penyakit darah tinggi. Secara amnya, kolestrol tinggi akan menyebabkan pembuluh darah menyempit.

Kesannya jantung terpaksa bekerja kuat untuk pam darah ke seluruh badan. Dengan sebab inilah tekanan darah menjadi tinggi dan boleh memicu kepada masalah lain.

Kesimpulannya jangan ambil mudah penyakit kolestrol tinggi ini.Sedarlah bahawa daripada penyakit kolestrol tinggi yang begitu remeh inilah yang akan memicu kepada penyakit kronik yang lain.

Oleh itu, marilah kita sama sama amlkan gaya hidup yang sihat dan merawat kolestrol tinggi ini sebelum terlambat!







Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...

Review Penggunaan Shampoo Shaklee

Kali ini Ms J nak berkongsi mengenai penggunaan Ms J sendiri menggunakan shampoo prosante daripada shaklee. Sebenarnya Ms J ni adalah masalah kelemumur. Masalah kelemumur yang boleh dikatakan agak teruk. Bila buka tudung, penuh je kelemumur memutih di atas bahu ni.Nak nak kalau pakai baju warna hitam memang ketara nampak. Kadang tu malu bila balik umah mak mentua.Rambut yang penuh dengan kelemumur ni nak sikat pun segan. Bukan tu je, kelemumur ni juga menyebabkan banyak rambut gugur.Mana taknya,bila kulit kepala tak sihat,macam mana rambut nak tumbuh subur.Bila sikat je rambut penuh kat sikat.Eh,kalau tak sikat pun rambut memang penuh gugur di lantai. Stress bila tengok.Tambah lagi bila anak dah masuk dua, memang kerap la rambut gugur berlaku.Bukan tu je, suami pun perasan yang rambut kat tengah ni dah macam botak. Omg!Lagi stress masa tu.Iyala suami sendiri bagitahu macam tu.Malu semua ada dengan masalah rambut gugur dan kelemumur ni.Dan dari situlah Ms J m...