Skip to main content

Ciri -ciri dan Tanda Kolestrol Tinggi

Penyakit kolestrol tinggi?

Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Cumanya penyakit kolestrol tinggi ni suatu penyakit senyap , yang mana tidak menunjukkan tanda atau simptom.

Malah ramai yang tidak perasan yang sebenarnya mereka mempunyai kolestrol tinggi. Kolestrol tinggi boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang kurus.



Paras kolestrol yang normal sepatutnya berada pada tahap 160 -200 mg/dl. Jika anda mempunyai paras kolestrol  dalam badan melebihi daripada nilai ini, maka inilah yang dikatakan sebagai kolestrol tinggi.

Paras kolestrol normal = 160 - 200 mg/dl
Tahap berisiko = 200 - 239 mg/dl
Risiko tinggi = melebihi 240 mg/dl

Penyakit kolestrol tinggi ini kita tak nampak. Yang kita boleh perasaan adanya beberapa perubahan pada badan kita.Perhatikan tanda ini jika anda mempunyai kolestrol tinggi:

Tanda Anda Mengidap Kolestrol Tinggi


Kesemutan

Kesemutan ini sering berlaku jika kita duduk tanpa bergerak dengan terlalu lama.Ini adalah perkara biasa. Namun jika anda sering merasa kesemutan, awas berjumpa doktor dengan segera kerana dikhuatiri anda mempunyai kolestrol tinggi

Mual dan Muntah


Tahukah anda kolestrol tinggi boleh menyebabkan kita sering merasa mual dan muntah? Mual dan muntah ini biasanya berlaku disebabkan oleh gangguan pada sistem pencernaan. Dan sebenarnya mereka yang mempunyai kolestrol tinggi boleh menggangu sistem pencernaan.

Maka dengan itu, kita sering mengalami muntah muntah dan mual.


Cepat Penat


Mereka yang mempunyai kolestrol tinggi akan mudah untuk cepat penat. Ini kerana, kekurangan oksigen yang sampai pada organ tertentu disebabkan oleh mendapan kolestrol pada dinding darah.

Nyeri Pada leher dan punggung


Ini mungkin berlaku disebabkan oleh tekanan darah tinggi yang berlaku seiring dengan kolestrol tinggi

Sakit kaki dan tangan


Mereka yang mempunyai kolestrol tinggi mudah untuk mendapat sakit kaki dan tangan selain nyeri pada leret

Wajah merah

Salah satu tanda kolestrol tinggi adalah keadaan kulit menjadi merah. Ini yang sering di lakukan oleh doktor untuk memeriksa pesakit kolestrol tinggi dengan mengangkat atau menggantung kaki di atas meja atau bangku.

Pada mulanya warna kulit kaki kita berwarna putih kerana pengaliran darah yang terganggu. Namun lama kelamaan ianya akan berwarna merah  sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah akan mula teralir di kaki

Sakit kepala


Sakit kepala itu perkara biasa.Tapi jika berlaku kerap kali, awas dan berhati hati kerana sakit kepala ini salah satu tanda kolestrol tinggi


Otot kaki lemah

Kolestrol tinggi boleh menyebabkan penyempitan pada salur darah.

Apabila salur darah menyempit, maka pengaliran darah ke seluruh badan juga perlahan. Inilah yang menyebabkan otot menjadi lemah.

Nyeri dada

Seperti faktor di atas, penyempitan salur darah juga boleh menyebabkan pengaliran darah ke jantung terganggu.

Kesukaran bernafas


Faktor ini juga berkait rapat dengan faktor di atas.

Jika anda dapati anda salah seorang yang mengalami tanda dan ciri kolestrol tinggi ini, seeloknya lakukan pemeriksaan dengan segera.

Salah satu cara kita boleh tahu samada kita pengidap kolestrol tinggi atau tak, anda boleh lakukan ujian darah. Dari situ, barulah doktor boleh mendiagnos kita sebagai pengidap kolestrol tinggi.

Seperti yang kita tahu kolestrol tinggi ini berpunca daripada pemakanan dan gaya hidup kita.Jadi salah satu cara kita rawat kolestrol tinggi ini adalah dengan mengubah gaya hidup kita. 

Selain pada itu, kita juga boleh amalkan pengambilan minyak ikan omega 3 untuk  masalah kolestrol tinggi. 

MS J 016 444 2685





Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...