Skip to main content

Merawat Cacing Dikalangan Anak Dengan Zentel

Bulan ini genap dua tahun enam bulan usia Hadif.Sebelum terlupa Ms J beli siap siap ubat cacing jenama Zentel ni untuk dia makan.

Sebenarnya, sebelum ni pernah ambik ubat cacing Zentel ini.Pesan nurse kat klinik berdekatan, ubat cacing ni kena ambil setiap enam bulan.

Ubat cacing Zentel yang di beli di farmasi untuk Hadif

Mujur Hadif dengan selamba, boleh habiskan sebotol dengan jayanya.Kalau tak, cakap je nak makan ubat, pasti keliling satu rumah dulu.

Ubat cacing Zentel ini Ms J beli kat farmasi je, sebab haritu klinik bagi ubat cacing yang jenis tablet.Biasala, budak budak ni susah sikit nak makan ubat, apatah lagi ubat yang kena telan sebiji.

Kenapa Perlu Merawat Cacing


Kanak kanak mudah terdedah kepada keadaan persekitaran yang kurang bersih.Apatah lagi apabila tidak diamalkan kebersihan membasuh tangan sebelum dan selepas makan.

Iyala, kanak kanak ni aktif, main sana sini tak mampu nak kenal yang mana bersih atau kotor.Dengan sebab itulah mereka mudah mendapat cacing ini.

Lagi satu, cacing ini mudah masuk pada keadaan kulit kaki yang terdedah. Anak anak lagi la, selalu keluar bermain tanpa memakai selipar atau kasut, lagi mudah untuk mendapat cacing.

Cacing ni ada banyak jenis, cacing cangkuk, cacing gelang, cacing benang,cacing kerambit dan cacing pita.

Jangan ingat cacing ini duduk saja saja je dalam badan anak kita, ianya sangat bahaya jika tidak dirawat dengan segera.

Sebab apa taw?Cacing ini akan tinggal dalam usus perut anak kita dan mengambil semua nutrien daripada makanan yang dimakan.

Bila cacing dah ambil semua nutrisi makanan anak kita, sudah tentu anak kita akan kekurangan nutrisi kan?Haa sebab itulah dengan adanya cacing ini boleh menyebabkan masalah lain seperti mudah kepenatan, perkembangan fizikal terganggu, sembelit, usus tersumbat dan kembung perut.


Muka gembira Hadif dapat habiskan sebotol ubat cacing Zentel
Kesian pada anak anak sebab mereka masih kecil dan tidak pandai lagi nak bercakap dan memberitahu sakit yang di alami.

Maka, marilah kita menjadi seorang ibu bapa yang prihatin. Ambil tahu pasal anak kita dan sentiasa prihatin akan masalah kesihatan yang mereka alami.

Macam Ms J sendiri dah siapkan reminder dalam hp untuk enam bulan lagi untuk makan ubat cacing Hadif.Moga penyakit cacing ini tidak mengganggu Hadif dan anak anak yang lain.Selamat mencuba!


Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...