Skip to main content

Pengalaman Merawat Anak Muntah-muntah Yang Teruk


Ini adalah pengalaman pertama Ms J merawat anak muntah yang teruk, sampai di masukkan ke dalam hospital.Kalau sebelum ini demam sikit je, masih ok dan masih boleh dirawat di rumah, tapi kali ini Hadif mengalami muntah yang teruk sekali.

Hari kedua, hadif masih lagi muntah-muntah. Pagi itu walaupun masih muntah muntah, namun Hadif masih lagi aktif. maka, Ms J pun tidaklah risau sangat.

Pada sebelah petang, Hadif sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan Ms J. Muntah yang masih tidak berhenti dan badan sudah lemau tidak bermaya.

Pada waktu itu, Ms J ingat ingin menunggu suami balik kerja baru sama-sama ke hospital, namun melihat Hadif yang lesu tidak bermaya itu terus Ms J bersiap ke hospital.

Anak muntah-muntah
Sesampai di hospital Hadif di masukkan ke wad kecemasan dan di pasang dengan 'drip'. Kesian pula melihat anak ini yang tidak bermaya, meraung kesakitan apabila nurse memasang 'drip'.Takpela, harapnya dengan bantu 'drip' ini boleh membantu mengurangkan muntah muntah Hadif.

Hampir 5 jam Hadif dimasukkan 'drip', namun tiada apa apa perubahan yang berlaku.Hadif masih lagi muntah muntah tidak berhenti.Apatah lagi jika beliau makan atau minum, mesti akan dimuntahkan kembali.

Hati Ms J semakin risau. Mana taknya melihat anak yang terbaring lesu tanpa menjamah makanan seharian. Di tambah pula dengan kerapkali muntah-muntah.

Selepas keputusan darah keluar, Hadif dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Walaupun keputusan darah normal, namun keadaan Hadif yang muntah tidak berhenti masih lagi merisaukan Ms J.

Hari pertama di dalam wad, Hadif masih lagi muntah muntah tidak berhenti, tetapi kekerapan muntah itu sudah berkurangan, tidaklah seperti hari pertama Hadif mengalami muntah.

Pihak hospital terus memerhatikan keadaan Hadif. Pada malam tersebut, Hadif demam pula. Hati Ms J makin risau, dengan muntah yang masih tidak berhenti ditambah pula dengan demam.

Rindu pula ingin melihat Hadif aktif seperti biasa. Ini tidak, Hadif kerap kali merengek dan mengangis.Mungkin tidak sedap badan atau lemah.Sebagai seorang ibu, memang Ms J tidak boleh fokus pada waktu itu, yang ada hanyalah memikirkan keadan Hadif yang muntah-muntah.

Hari kedua, Hadif masih tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Masih sama seperti sebelum ini. Puas Ms J pujuk untuk beliau bercakap atau makan sedikit makanan, namun hadif masih lagi menolak.
Hari kedua di wad masih lagi tdak aktif

Sedih sangat melihat keadaan Hadif yang hanya terlantar. Pada waktu itu, Ms J hanya boleh berdoa, moga Hadif di berikan kesihatan seperti biasa.

Merawat Muntah Dengan Performance Drinks Shaklee

Apabila doktor memberitahu, biasanya untuk anak anak muntah tiada ubat, yang hanya boleh mereka berikan hanyalah 'drip' sahaja.

Sambil itu, doktor juga ada berpesan terus memberikan hadif dengan makanan atau cecair agar badan beliau tidak berlaku dihidrasi.

Bila doktor sebut pasal dehidrasi ini, teringat pula mengenai performance drinks shaklee. Sebelum ini memang Ms J tidak pernah cuba, tapi salah satu kebaikkan performance drinks ini adalah menyeimbangkan cecair dalam badan. Ala macam minuman isotonik la.

Terus Ms J menghubungi suami untuk dapatkan performance drinks daripada salah seorang upline Ms J. Malam itu juga bancuh untuk Hadif.Harapnya boleh membantu mengurangkan muntah yang di alami dan mengembalikan kesihatan badan Hadif.

Namun, malang sekali, Hadif masih juga menolak. Pada keesokan harinya, nurse memberikan Hadif dengan sirup paracetamol yang diletakkan di dalam syringe untuk mengurangkan demam Hadif. Yang peliknya hadif boleh habiskan ubat tersebut dengan sendiri tanpa bantuan Ms J.

Lantas, Ms J mendapat satu idea, iaitu meletakkan performance drinks di dalam syringe seperti ubat tersebut. Memang terbukti rancangan Ms J berjaya. Malah Hadif kerap kali meminta untuk dapaqtkan performance drink tersebut.

Alhamdulillah, setelah 3 kali membancuh performance drinks Hadif tidur lena pada malam itu. Sambil mengusap kepalanya, sambil Ms J berdoa moga Hadif sembuh seperti biasa.

Tidur lena setelah minum performance drinks

Alhamdulillah, keesokkan paginya seawal 6.00 pagi Hadif bangun dan sudah meminta untuk makan. Terkejut juga Ms J. Habis juga separuh roti gardenia coklat itu. Dalam hati ini, hanya Allah saja yang tahu gembiranya Ms J.

Alhamdulillah Hadif tidak demam dan muntah lagi. Lagi mengembirakan pada hari tersebut, Hadif sudah dibenarkan keluar dari wad. 

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Terima kasih Ya Allah!Ini saja yang Ms J mampu ucapkan bila melihat anak kembali sihat seperti biasa.




Hari ketiga : Menunggu Baba untuk datang ambil setelah doktor beri keputusan untuk keluar wad


MS J 016 444 2685




Comments

Popular posts from this blog

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Set Vitamin Shaklee Untuk Tulang Patah

Entry sebelum ini Ms J ada menyebut mengenai sebab tulang patah ini lambat sembuh atau lambat bercantum semula. Salah satu sebabnya adalah kekurangan nutrisi. Betul tak? Iya, nutrisi sangat penting dalam memastikan tulang mendapat nutrient yang mencukupi dan kembali sembuh seperti biasa. Bayangkan tulang patah ini, kekurangan nutrisi, macam mana tulang patah ini akan kembali seperti biasa? Macam kita jugalah,manusia memerlukan makanan untuk sihat dan bertenaga. Samalah juga dengan tulang patah ini. Memang memerlukan makanan / nutrisi yang cukup untuk kembali bercantum dengan sihat. Selain daripada pemakanan harian kita untuk bantu tulang patah ini bercantum dengan baik, kita juga boleh ambil vitamin tambahan seperti vitamin shaklee, yang mana banyak membantu mempercepatkan lagi penyembuhan tulang patah. Jadi, hari ini Ms J ingin berkongsi lagi, mengenai vitamin shaklee, vitamin apa yang sesuai kita ambil untuk bantu dalam masalah tulang patah. Vitamin Shak...