Skip to main content

Bahaya Asma Pada Anak

Rasanya penyakit asma ini tidak asing lagi buat kita semua.Penyakit asma ini sering terjadi pada semua orang, malah anak anak juga tidak terkecuali, cuma mungkin kita tidak sedar bahaya sebenarnya asma ini pada anak-anak.

Bahaya asma pada anak anak ini jangan diambil mudah.Sama juga tanda-tanda asma yang sering berlaku pada anak anak. Awasi jika anak anak anda mengalami tanda asma seperti di bawah:

Tanda-tanda asma


  • Sesak dada
  • Nafas bersuara
  • Batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas

Salah satu bahaya asma adalah kesukaran bernafas


Bahaya asma ini sebabnya asma ini boleh menyerang pada bila bila masa tidak kira di mana anak-anak kita berada. Bayangkan jika asma menyerang ketika anak anak kita berada di luar penjagaan kita, apa akan jadi.Sudah tentu kita juga rasa bimbang kan?

Dikatakan asma ini sering berlaku pada waktu malam dan ketika anak anak melakukan aktiviti fizikal di luar.Malah bukan itu sahaja, jika anak anak terdedah pada sumber pencetus asma juga mereka mudah untuk mendapat serangan asma.

Di sini Ms J sertakan beberapa bahaya asma pada anak-anak yang boleh berlaku dan kita sebagai ibu bapa perlu dititikberatkan.

Bahaya Asma Pada Anak-anak


Kelelahan dan Masalah Tidur


Asma ini juga dikenali sebagai penyakit lelah, yang mana sering dipanggil oleh orang-orang tua. Asma berlaku apabila terjadinya penyempitan pada saluran pernafasan dan akhirnya menyumbang kepada sesak nafas dan lelah.

Bukan itu sahaja, malah asma yang sering berlaku pada malam hari boleh mengganggu kualiti tidur anak anak.Apabila mereka tidak cukup waktu tidur, maka kesannya mereka mudah merasa penat dan letih pada siang hari.


Akhirnya, pembelajaran dan konsentrasi mereka turut terganggu dek kerana tidak mempunyai tidur yang mencukupi.

Penyempitan Saluran Pernafasan Kekal


Sebagaimana yang kita ketahui asma ini berlaku disebabkan oleh penyempitan pada saluran pernafasan.Paru paru membengkak dan keradangan boleh berlaku.

Jika keradangan ini kerap berlaku, ianya boleh memberi kesan fibrosis pada saluran pernafasan.Lama kelamaan ianya boleh menyebabkan saluran pernafasan menyempit secara kekal.


Sosial


Asma ini suatu penyakit yang datang tanpa kita duga.Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa. Jika berlaku di sekolah mungkin anak anak akan diberi cuti berehat.

Ini sedikit sebanyak memberi kesan pada pembelajaran mereka, mungkin mereka akan ketinggalan dalam pelajaran dan perlu masa yang lebih untuk melakukan ulangkaji.

Malah bukan itu sahaja, ibu bapa yang mempunyai anak asma ini mungkit menyekat sedikit sebanyak aktiviti fizikal anak anak. Ini kerana dikhuatiri mereka akan mendapat serangan asma ketika melakukan aktiviti fizikal ini.

Emosional


Kesan asma pada anak-anak boleh memberi kesan pada emosi mereka.Rentetan daripada kesan sosial tadi, yang mana ibu bapa menyekat pergaulan dan aktiviti mereka, ini akan menyebabkan anak anak merasa terasing dan tidak mempunyai kawan.

Malah ada juga mereka di luar sana yang tidak berapa suka untuk bermain dengan pengidap asma. Ini lagi akan menambahkan rasa sedih buat anak-anak asma.

Emosi anak anak asma juga boleh menjadi stress dan trauma jika asma berulang lagi. Ini kerana pengalaman mereka yang lalu telah menghantui mereka.

Kematian


Ini yang sering kita takutkan, iaitu kematian.Bahaya asma ini jika tidak dikendalikan dengan betul dan boleh menyebabkan kematian. 

Apabila berlaku sesak nafas, kita akan kekurangan oksigen yakni hipoksia, yang mana boleh menyebabkan kerosakan otak dan kematian.

Kesimpulannya, rawatlah asma sebelum terlambat. Jika asma sering berlaku selalu standy dengan ubat asma.Ke mana sahaja anak anak pergi bekalkan mereka dengan ubat asma kerana asma ini boleh menyerang pada bila bila masa sahaja.


Jadi sebelum terlambat, rawatlah. Baca juga merawat asma dengan minyak ikan omega 3 ini. 


Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Protein Untuk Kesihatan

Harini Ms J nak berkongsi mengenai kepentingan protein untuk kesihatan kita. Rasanya kita memang dah sinonim dengan nama protein ini.Nak lagi mudah, protein yang paling dekat dengan kita adalah lauk seperti ikan, ayam dan daging dalam hidangan seharian.  Tapi harini ini Ms J ingin berkongsi mengenai kepentingan protein dari sumber tumbuhan, iaitu soya. Soya ini juga kaya dengan protein, yang mana ianya sangat bagus dari segi semua aspek.    Kepentingan Protein Soya  1) Merangsang Pertumbuhan dan Perkembangan Otot  Kadar metabolisma mencapai puncak tertinggi ketika usia remaja. Oleh itu, pengambilan protein dapat membantu dalam membina dan mengekalkan jisim otot  Malah protein ini juga membantu membina otot dan menyokong proses pemulihan serta penyembuhan otot sambil memberi rasa kenyang yang lebih lama untuk tenaga yang berpanjangan 2) Membantu Pertumbuhan Tulang Yang lebih Sihat dan Kuat Isoflavon soya yang terkandung dalam protein soya membantu menyokong...

Sapu Ubat Gigi untuk Hilangkan Jeragat

Siapa yang tak ada masalah jeragat kat sini? Saya rasa majoriti kaum wanita di luar sana mengalami masalah ini kan?Termasuklah Jam..hehe "Jeragat pada kulit wajah adalah masalah yang paling biasa dihadapi di Asia. Hampir 50% konsultansi kepada doktor kulit dan doktor estetik berkaitan masalah kulit berjeragat." Macam masalah Jam, jeragat ini menetap kat pipi. Bila pakai bedak tebal tang mana pun masih nampak jeragat tu. Kadang-kadang tu berangan juga nak ada kulit yang putih gebu macam Nora Danish kan. Tapi apakan daya... Jadi mulalah tanya mr google cara nak hilangkan jeragat ini. Macam-macam dah letak. Pernah tu letak ubat gigi kat pipi sebab ada baca ubat gigi ni boleh hilangkan jeragat. Jam cuba lah buat, tapi malangnya jeragat tak hilang-hilang juga. Mungkin sebab Jam letak ubat gigi untuk beberapa hari sahaja kot, tak konsistent.Alahai biasa lah semangat tahi ayam je Jam ni. Daripada pembacaan Jam, jeragat ini boleh dicegah dengan beberapa cara. Ini ...

Agen Shaklee di Butterworth

 Selamat pagi semua. Kali ini Ms J nak memperkenalkan diri Ms J sekali lagi.Buat yang masih belum mengenali Ms J, adalah seorang agen shaklee shaklee yang aktif di Butterworth dan kawasan sekitarnya. Buat belian di branch shaklee Agen shaklee butterworth Sebenarnya, Ms J dah lama bergelar sebagai pengedar shaklee di Butterworth ini, tapi baru tergerak hati nak menulis di sini. Ms J start join sebagai stokis shaklee Butterworth pada tahun 2016. Dan waktu itu Ms J bekerja di Jalan New Ferry Butterworth. Nak order vitamin shaklee, hubungi Ms J yang sentiasa ready stok Jadi, korang yang ada di sekitar Butterworth, boleh terus hubungi Ms J untuk dapatkan vitamin shaklee. Jangan risau sebab Ms J juga ada menyediakan khidmat cash on delivery( COD). Bermulanya karier Ms J sebagai pengedar shaklee Butterworth banyak mengajar Ms J sebenarnya, terutamanya dalam pengurusan masa. Satu kotak besar borong vitamin shaklee Ms J kena bijak menguruskan masa antara kerja dan juga tugas sebagai agen sh...