Skip to main content

Posts

Ciri -ciri dan Tanda Kolestrol Tinggi

Penyakit kolestrol tinggi? Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai masalah kolesterol tinggi. Cumanya penyakit kolestrol tinggi ni suatu penyakit senyap , yang mana tidak menunjukkan tanda atau simptom. Malah ramai yang tidak perasan yang sebenarnya mereka mempunyai kolestrol tinggi. Kolestrol tinggi boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang kurus. Paras kolestrol yang normal sepatutnya berada pada tahap 160 -200 mg/dl. Jika anda mempunyai paras kolestrol  dalam badan melebihi daripada nilai ini, maka inilah yang dikatakan sebagai kolestrol tinggi. Paras kolestrol normal = 160 - 200 mg/dl Tahap berisiko = 200 - 239 mg/dl Risiko tinggi = melebihi 240 mg/dl Penyakit kolestrol tinggi ini kita tak nampak. Yang kita boleh perasaan adanya beberapa perubahan pada badan kita.Perhatikan tanda ini jika anda mempunyai kolestrol tinggi: Tanda Anda Mengidap Kolestrol Tinggi Kesemutan Kesemutan ini sering berlaku jika kita duduk tanpa bergerak...

Bahaya Asma Pada Anak

Rasanya penyakit asma ini tidak asing lagi buat kita semua.Penyakit asma ini sering terjadi pada semua orang, malah anak anak juga tidak terkecuali, cuma mungkin kita tidak sedar bahaya sebenarnya asma ini pada anak-anak. Bahaya asma pada anak anak ini jangan diambil mudah.Sama juga tanda-tanda asma yang sering berlaku pada anak anak. Awasi jika anak anak anda mengalami tanda asma seperti di bawah: Tanda-tanda asma Sesak dada Nafas bersuara Batuk-batuk Kesukaran bernafas Salah satu bahaya asma adalah kesukaran bernafas Bahaya asma ini sebabnya asma ini boleh menyerang pada bila bila masa tidak kira di mana anak-anak kita berada. Bayangkan jika asma menyerang ketika anak anak kita berada di luar penjagaan kita, apa akan jadi.Sudah tentu kita juga rasa bimbang kan? Dikatakan asma ini sering berlaku pada waktu malam dan ketika anak anak melakukan aktiviti fizikal di luar.Malah bukan itu sahaja, jika anak anak terdedah pada sumber pencetus asma juga mereka ...

Merawat Kolesterol Tinggi Sebelum Terlambat

Rasanya semua orang dah tahu pasal kolesterol tinggi ini. Semua orang mempunyai tahap kolesterol yang berbeza-beza. Namun, tak semestinya juga orang yang kurus tidak mempunyai kolesterol tinggi. Kolesterol tinggi ini bermaksud paras kolesterol yang terdapat di dalam darah melebihi paras normal. Paras kolesterol yang normal adalah dalam lingkungan 160 mg -200 mg.Jika anda mempunyai kolestrol melebihi daripada paras ini, inilah yang dikatakan sebagai kolesterol tinggi. Kolestrol tinggi membawa bahaya Kolesterol tinggi ini juga di dipanggil sebagai hiperkolesterolemia. Kolesterol ini adalah sejenis senyawa lemak berlilin yang sebahagian besarnya dihasilkan di hati dan sebahagian yang lain di dapati daripada sumber makanan. Bila sebut mengenai kolesterol ini, ramai menganggap ianya sebagai punca segala penyakit, seperti penyakit jantung, stroke, darah tinggi dan sebagainya. Sebenarnya kolesterol ini mempunyai fungsi yang tertentu di dalam badan kita. Contohnya kolest...

Merawat Cacing Dikalangan Anak Dengan Zentel

Bulan ini genap dua tahun enam bulan usia Hadif.Sebelum terlupa Ms J beli siap siap ubat cacing jenama Zentel ni untuk dia makan. Sebenarnya, sebelum ni pernah ambik ubat cacing Zentel ini.Pesan nurse kat klinik berdekatan, ubat cacing ni kena ambil setiap enam bulan. Ubat cacing Zentel yang di beli di farmasi untuk Hadif Mujur Hadif dengan selamba, boleh habiskan sebotol dengan jayanya.Kalau tak, cakap je nak makan ubat, pasti keliling satu rumah dulu. Ubat cacing Zentel ini Ms J beli kat farmasi je, sebab haritu klinik bagi ubat cacing yang jenis tablet.Biasala, budak budak ni susah sikit nak makan ubat, apatah lagi ubat yang kena telan sebiji. Kenapa Perlu Merawat Cacing Kanak kanak mudah terdedah kepada keadaan persekitaran yang kurang bersih.Apatah lagi apabila tidak diamalkan kebersihan membasuh tangan sebelum dan selepas makan. Iyala, kanak kanak ni aktif, main sana sini tak mampu nak kenal yang mana bersih atau kotor.Dengan sebab itulah mereka mud...

Pengalaman Merawat Anak Muntah-muntah Yang Teruk

Ini adalah pengalaman pertama Ms J merawat anak muntah yang teruk, sampai di masukkan ke dalam hospital.Kalau sebelum ini demam sikit je, masih ok dan masih boleh dirawat di rumah, tapi kali ini Hadif mengalami muntah yang teruk sekali. Hari kedua, hadif masih lagi muntah-muntah. Pagi itu walaupun masih muntah muntah, namun Hadif masih lagi aktif. maka, Ms J pun tidaklah risau sangat. Pada sebelah petang, Hadif sudah mula menunjukkan tanda-tanda yang merisaukan Ms J. Muntah yang masih tidak berhenti dan badan sudah lemau tidak bermaya. Pada waktu itu, Ms J ingat ingin menunggu suami balik kerja baru sama-sama ke hospital, namun melihat Hadif yang lesu tidak bermaya itu terus Ms J bersiap ke hospital. Anak muntah-muntah Sesampai di hospital Hadif di masukkan ke wad kecemasan dan di pasang dengan 'drip'. Kesian pula melihat anak ini yang tidak bermaya, meraung kesakitan apabila nurse memasang 'drip'.Takpela, harapnya dengan bantu 'drip' ini ...

MERAWAT ANAK ASMA DENGAN MINYAK IKAN OMEGA 3

Masa pertama kali mempunyai anak, takut sungguh jikalau anak terkena penyakit asma, padahal sejarah keluarga tiada pun yang mempunyai anak asma. Takut sebab tidak tahu nak merawat anak asma, yang tahu hanyalah bawa ke hospital dan merawat asma dengan nebulizer sahaja. Alhamdulillah Hadif dah besar, dah berumur 2 tahun 6 bulan sekarang. Dan alhamdulillah dijauhkan daripada segala penyakit termasuklah penyakit asma dan Ms J memang langsung tidak berpengalaman dengan merawat anak asma ini. Sebelum ni ada juga kengkawan yang bercerita mengenai anak asma ni,ada tu memang bergantung kepada nebulizer sebagai salah satu cara merawat asma.Timbul pula rasa simpati, mujur mak nya suri rumah sepenuh masa, tiadalah bergantung pada cuti sahaja untuk merawat anak asma ni. Merawat anak asma Apa itu Asma? Menurut portal kementerian kesihatan malaysia, asma atau lelah ni berkaitan penyakit paru paru, yang mana paru paru membengkak dan menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit. ...

Merawat Kulit Kering dan Menggelupas

Assalamualaikum. Hari ini Ms J nak bercerita mengenai masalah kulit kering dan menggelupas.Masalah kulit kering dan menggelupas ini adalah masalah yang Ms J alami sendiri. Apabila basuh muka, rasa pedih sangat.Kalau sebelum ini ok sahaja. tiada pun masalah kulit kering dan menggelupas.Bukan itu sahaja, malah takde keyakinan apabila kulit kering dan menggelupas ni apabila hendak kenakan bedak atau mekap. Maka, banyak hari pergi kerja tanpa kenakan bedak di muka dek kerana kulit kering dan menggelupas.Lagi terasa apabila encik suami tegur muka kusam dan tidak berseri.Adudu sungguh menusuk kalbu Ms J! Maka, Ms J cuba bertanyakan kengkawan untuk merawat kulit kering dan menggelupas ini. Mereka mencadangkan untuk mencuba set skincare kulit kering daripada shaklee iaitu enfuselle. Ianya terdiri daripada hydrating cleansing lotion, hydrating toner dan hydrating moisturiser. Selepas banyak membaca mengenai ketiga tiga produk ni, rasa teruja nak mencuba.Sebab apa taw, s...